Rich Coco Puding Mat Gebu.

5/10/2011 07:10:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Lalalalaa puding lagi dan lagi...tapi yang ni kira macam agar2 le bukan puding, sebab agak kenyal sikit dan kurang goyangnya..hehehehe
Anak2 memang suka makan puding/agar2 sejak dua menjak cuaca panas ni, balik dari sekolah je terus bukak peti ais amik potong makan, sian pulak bila dah takde tu, makan sampai tak jemu, nak buat perisa lain semua taknak, nak yang coklat jugak...huhuhuhu
Tapi kali ni Lin buat lain sikit, tak guna milo tapi guna koko, baru teringat resepi ni, terus bukak email lama, cari resepi Cik Mat Gebu yang dia bagi, apalagi malam tadi terus je buat, hehehehe sedapppp sehhhhhh...


Memang sedap, apa lagi kalau curah topping choc hershey's atasnya..ermmmm sedappp!
Resepi ni Lin C&P je dari email yang Mat Gebu bagi..heheheh

RICH COCOA PUDING

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA HALUS
1/2 CAWAN SUSU TEPUNG (BOLEH GANTI DENGAN COFFEMATE)
1/2 CAMCA TEH GARAM
4 CAMCA BESAR TEPUNG JAGUNG
4 1/4 CAWAN AIR
1 CAMCA TEH ESEN VANILLA
10 G SERBUK JELLY (1 PAKET SERBUK JELLY "KONNYAKU")
2 CAMCA BESAR MENTEGA (KALAU PAKAI MARGERINE, TAK SEDAP!!)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DI ATAS KECUALI MENTEGA DAN ESEN VANILLA, DALAM SATU BEKAS, KACAU HINGGA GULA LARUT DAN BAHAN2 LAIN SEBATI.
  2. TAPIS BANCUHAN KE DALAM PERIUK. MASAK ATAS API PERLAHAN SAMBIL TERUS MENGACAU HINGGA BANCUHAN MENDIDIH DAN KELIHATAN PEKAT.
  3. ANGKAT DARI DAPUR, MASUKKAN ESEN VANILLA DAN MENTEGA, KACAU HINGGA SEBATI. TUANG DALAM BEKAS PILIHAN. IANYA AGAK CEPAT MEMBEKU...
  4. BILA WAP PANAS HILANG (SUAM), BOLEH SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA BETUL2 BEKU DAN SEDAP DIHIDANGKAN DINGIN...KALAU SUKA BOLEH JUGA DITUANG SUSU CAIR DAN MAKAN BERSAMA BUAH2AN KOKTEL...



P/S: Ingat malam ni nak buat agar2 santan CMG tu pulak le....hehehehe

With Love

You Might Also Like

2 Orang Komen

  1. Ibu: mmg sedapppp..klu respi CMG tu pasti sedapppppp!

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.