AF9: JUARA terakhir milik HAZAMA

Assalamualaikum wbt...

Kontroversi demi kontroversi sebelum bermulanya konsert terakhir Akademi Fantasia 9 ni yang telah berlangsung di Dataran Putrajaya tapi tetap berjalan dengan meriahnya dan sesak dipenuhi dengan semua peminatnya di sana, bak kata orang 'ada aku kesah!' he he he
Alahh kalau Lin kan, ko buat le kat mana pun, tapi tengok kat rumah juga yang best! udara pun segar dari dok bau2 hangit di celah2 orang ramai tu, pastu boleh makan kacang sambil minum teh tarik lagi, kalau kat sana? boleh ke?????? mesti tak selesa kan?...Yang bestnya, kalau tengok kat rumah, dapat tengok secara dekat wajah penyanyi tu, haaa baru le ko tau, kembang ke mancung ke hidung dia..muahahahahah
Ishh apa yang merepek2 ni, ha ha ha, ok2 kowang layan le cerita yang Lin C&P ni ye!
Layannnnn


Sumber dan info dipetik dari Akademi Fantasia

Penantian lebih 10 minggu akhirnya terjawab apabila pelajar yang dimasukkan melalui Operasi Gugur, Hazama Bin Ahmad Azmi atau Hazama telah dinobatkan sebagai Juara terakhir Akademi Fantasia 9 menewaskan 3 finalis yang lain iaitu Azri, Fina dan Lena. Hazama telah memenangi wang tunai RM200 ribu beserta piala dan beberapa hadiah iringan. Naib Juara telah dimenangi oleh Lena, tempat ketiga disandang oleh Fina dan tempat keempat dimenangi oleh Azri.

Juara terakhir dalam sejarah Akademi Fantasia telah diumumkan dalam acara yang penuh gilang gemilang yang telah diadakan di Dataran Putrajaya , Presint 3, Putrajaya dan bersiaran langsung di Astro Ria (104), Saluran HD (188), Aplikasi Telefon Bimbit AF9 juga menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 di sini.

Selain lagu tugasan yang diterima oleh 4 finalis Akademi Fantasia ini, 6 single baru turut diperkenalkan dan turut dipersembahkan termasuk oleh Nera dan Erul. Lagu hasil ciptaan Kuncidemak dan lirik oleh Kuncidemak dan Rafiq Bakar bertajuk Cinta Teragung benar-benar memukau penonton ketika dinyanyikan oleh Hazama. Video muzik untuk keenam-enam lagu ini juga akan disiarkan mulai sekarang di beberapa saluran Astro seperti Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Saluran Interaktif Astro @15 (109).

Berikut adalah kedudukan dan peratus undian selepas talian AFUNDI ditutup:

1. Hazama - 45%

2. Lena - 28%

3. Fina - 15%

4 Azri - 12%

Dengan berakhirnya Konsert Akhir Akademi Fantasia 9, maka dengan ini berakhir jugalah Akademi Fantasia untuk selama-lamanya dan sudah pastinya segala kenangan yang tercipta bermula dari musim pertama hingga yang terakhir ingin bakal dikenang buat selamanya. 




P/S: Tahniah le buat Hazama walaupunnnnn ermmmm 'Saya tak minat awak la! :p


With Love

No comments

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..