Tuesday, June 21, 2011

Belacan & Cencaluk

Assalamualaikum wbt..

Belacan dan cencaluk memang sinonim kalau jalan ke Melaka, rata2 banyak di tepi2 jalan yang menjualnya, ermmm kira ramai juga rakyat makan belacan ek? ye la dah namanya owang Melayu, lidah tu tebal!..
Tapi kalau cencaluk tak semua orang yang makan, kira orang2 tua aje yang reti makan..he he he 
Weiiii jangan kata tua ok, sebabnya aku makan itu cencaluk, orang yang tak reti makan tu memang satu kerugian besar dalam menikmati hidangannya, sebabnya cencaluk tu le pembuka selera..ermmm yummmmmmy!


Waktu balik dari KL ke JB haritu dapat juga singgah di gerai2 di tepi jalan tu, nampak je belacan gan cencaluk dah macam orang seriau! ha ha ha


Dah macam coklat kan? he he he..Kali ni Lin amik dan beli belacan yang dah siap di bakar, 1 tupperware tu harga rm5..sangat2 ok kan? tak payah nak masak nak bakar, anytime boleh buat sambal belacan..he he he


Yang ni cencaluk, Lin beli sebotol je, tapi beli yang dah siap cili dan bawang di dalamnya, juga senang dan cepat untuk di hidangkan, cuma tuang dan makan, perghhhh semalam lunch Lin dah rasmikan..waktu makan anak2 tutup hidung semua..ha ha ha ha

Budak2 muda zaman sekarang ni semuanya bila dengar je belacan gan cencaluk terus geli lah, busuk lah..ermmm tu le kalau dah terpengaruh dengan bau mcD le KFC le, Pizza le..ishhhhh sebab tu le lidah tu susah nak gulung!!! ha ha ha ha



P/S: Masak ikan kembong bersantan dengan cencaluk..perghhhhhhhhhh sedapppppnyaaaa...


With Love

2 comments:

  1. in kalau makan nasi ngan cencaluk ... bertambah2lah jawabnya...habis rosak diet

    ReplyDelete
  2. Cik Kamoo: he he he kannnnn Sis pun main bal;un jek..tak boleh tahan bila nampak cencalok..rosak diet!!!

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com