Friday, June 10, 2011

Cousin's Wedding@Setiawan

Assalamualaikum wbt...

Mood mengupdate malas! Kowang jangan banyak komplen ok, ini blog..saya yang punya!!! Ada aku kesah! ha ha ha...:p
Ntah le, cerita banyak mau cerita tapi mood nak mengcerita tu takde...ermmm ada sapa2 mau tolong cerita? lalalalala...sila sila..
Takpe lah, kali ini kita buat versi gambo berbicara je yek, ala bukan selalu pun, bila mood malas datang je baru gambo berterabur berderet2 kat sini..hehehehehe, nak tengok banyak lagi gambo, ada kat FB nu...kowang pi le klik yek..hehehehe

Tarikh: 4 & 5 Jun 2011.
Tempat: Majlis kenduri kahwin sepupu Lin,dirumah Pak Saudara Lin yakni adik Mak Lin yang no-2, yang berpangkat 'Pak Ngah' dengan Lin di Setiawan,Perak..


Bertolak dalam 9am pagi, jalan punya le jem kat highway Bidor tu, sampai sana lebih kurang dalam jam 3pm. Cuaca panas, so hubby ajak ke Teluk Batik & Lumut, Pulau Pangkor sementara menjelang majlis pernikahan malamnya..
Jahat betul tau, saja nak elak dari merewang! ha ha ha ha....


Sebelum magrib balik ke Homestay mandi manda dan letak barang2 semua. 
Kalau suasana waktu siang kan kira okey je lagi rumahnya, kalau waktu malam..adeiiii rasa macam rumah 'Hantu kak Limah Balik Rumah' ler...hu hu hu


Malam menjelma, majlis pernikahan berjalan dalam suasana yang meriah di selubungi rasa gembira dan sedih...
'Selamat Pengantin Baru Nor Hidayah Wong & pasangannya,Wan 
*lupa tanya nama penuh suaminya*


Esoknya majlis bersanding tapi takde pelamin, sebab Pak Ngah (duduk kiri) Lin tak nak sanding2 semua ni, dia segan nak bergambo kot! hu hu hu


4 anak dara sunting! ha ha ha. Alaaaaaaa sesekali nak bergambo dengan anak dara dan juga yang bakal takde dara tu pun kowang nak kecoh ar..hahahahahahaha
Riuh sekhemah bila aku nak bergambo dengan pengantin ni haritu..ishhhhhhh 'potong stim' betul!.


Lepas tu kan, Lin dengan hubby tak pasal2 kena ikut pulak menemankan sepupu Lin ni buat outdoor shooting gambo pengantin sebab diaorang nak tumpang shoot guna kete hubby..aiyooooo panasss woooo 1 hari setengah! penatnya mengalahkan pengantin ko....hu hu hu


Ingatkan 1 baju, rupanya balik ke butik pulak, tukar baju lain pulak..adushhhh tapi takpe, sempena raja sehari kan, kita layannnnnnnn...best gak woooooo..banyak tempat yang aku pergi..ha ha ha


Termasuk le ke 'Taman Monyet' kekekeke...adeiii takde ke tempat lain nak bergambo, dibuatnya monyet2 tu naik hangin, habis di rabaknya gaun pengantin tu, dah tak pasal2 hilang dara..hahahahaaaaaaaaa adeiiiii


Ehem ehem..yang ni Ibu Monyet! kakakakakakaah...arghhhh kowang ni, macam2 le nak ngutuk tu kan...
Kita serupaaaaaaaaaaaa....apa yang serupa?????
*kalau kowang nak tau, monyet tu buat tak senonoh tau! time nak bergambo, time tu le dia nak tarik 'bende alah' anu dia tu..eeeeeeeeeee SENSOR woooooo..nasib dapat cover line tau!!!!!

Apa2 pun enjoy tapi penat sangat, sebab malam tu jugak selesai semua majlis dan siap berkemas, Lin 1 family bertolak ke JB sebab hubby kena on col...hu hu hu 
Punah harapan nak ke seberang nun...ermmmmm





P/S: Majlis sebelah lelaki, akan langsung pada harini di Kelantan nun jauh di Pantai Timur tu, jauhhh bebenooooooooo.....Harap semuanya berjalan dengan selamat.. :)
Tahniah Nor!


With Love

4 comments:

  1. tang monyet tu ako gelak beso.. anu dia gatal tgk pompuan gak kot muahahha :-D

    ReplyDelete
  2. Retna: Monyet tu memang miang! banyak ko monyet bt projek kat sana..dia tau ramai pegantin amik gambo..saja nak mengajo! hahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. hahaahha.....
    yg pengantin pun satu. saja kasi anu monyet gatal sape soh hhhahaha :p

    ReplyDelete
  4. Retna: bukan kasi monyet gatal..tp takde tempat lain ke nak pegi!!! hahahaha x pasal2 aku pun terjebak dlm kancah maksiat jugak..hahahahaha

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com