AF9: ERUL tersingkir, 4 ke peringkat akhir!

6/06/2011 05:45:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah, setelah penat 2 hari berkampung di Setiawan rumah Pak Ngah Lin, akhirnya selamat juga tiba di JB awal subuh tadi, ikut perancangan, esok baru nak balik ke JB, tapi atas sebab yang tak dapat nak dielakkan, terpaksa le di batalkan segala rancangan dan terus balik setelah majlis semua selesai...huhuhuhu..
Walaubagaimanapun, seronok dan puas dapat bertemu dengan semua sepupu sepapat, mak sedara, bapak sedara yang jauh dan dekat sama2 berkumpul dalam satu majlis besar..
Tahniah dan Selamat Pengantin baru buat Nor & Wan, *gambar2 nanti Lin update ok.. :)
Tapi mood macam tak best pulak, Sabtu malam tu dapat sms dari Shai, yang Erul terkeluar dari AF, hahhhh??? macam tak caya jek, baru je undi rm25.50 dah malam tu, ingatkan si Azri tu yang tersingkir! rupanya takde rezki Erul..sedih! takpe la, janji dia dah buat yang terbaik buat semua..kan kan kan..


*sumber dan info dari Akademi Fantasia

Teta-teki siapakah yang bakal ke peringkat akhir akhirnya telah terjawab apabila pengacara Aznil Nawawi mengumumkan pelajar yang berjaya mengikut jejak Fina ke Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 yang akan diadakan pada 12 Jun 2011, di Dataran Putrajaya, Presaint 3, Putrajaya. Azri, Hazama dan Lena bakal menyertai Fina dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 9.

Khairul Najmuddin Bin Abu Samah atau Erul telah diumumkan sebagai pelajar terakhir meninggalkan Akademi Fantasia 9 mengikut kiraan undian SMS. Pengumuman oleh pengacara Aznil Hj Nawawi ini telah diumumkan dengan cara yang sungguh mendebarkan. 4 bagasi yang mempunyai nama Azri, Erul, Hazama dan Lena telah dibawa ke pentas dan nama pada bagasi tersebut dibaca satu-persatu. Hanya nama Erul sahaja ditulis dengan tulisan berwarna merah menandakan beliau sebagai pelajar yang tersingkir.

Berikut adalah kedudukan pelajar selepas undian ditutup.

1. Hazama - 29%
2. Lena - 25%
3. Azri - 25%
4. Erul - 21%

4 finalis bakal beraksi dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 minggu hadapan! Apakah lagu tugasan mereka disamping lagu baru yang akan mereka sampaikan di Konsert Akhir nanti?




P/S: Mood letih dan penat masih tak hilang lagi..bukan sebab penat kerna majlis kahwinnya, tapi penat duduk dalam kete sangkut dalam jem! aduhhhhh


With Love

1 Comments

  1. Oooo minat Erul ye? Boleh ler geng dengan anak dara mama dan adik mama tu. Well, kalau tanya mama, suara Azri yang paling best. Macho beb! Hehehe... Kalau dia juara pun best gak... hihi.. jangan mare!

    Lin dah dengar tak singles budak-budak AF9 ni. Mama dah dengar Nera, Fina, Lena, Azri, Hazama dan Erul. Kalau suruh ma pilih, ma pilih Nera dan Azri punya lagu, sedap. Yang lain tu... so so je.. tak caya? Ce dengor ce dengorrr...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com