Kerabu Mangga 5 minit.

6/03/2011 02:51:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Kowang dah lunch? Makan apa tadi? Wahhhh asam pedas ikan semanggol?? sedapnyaaaa..hehehehehe
Lin? ermm harini agak kemalasan nak memasak, tapi kesian pulak kat anak2 yang merungut nak makan itu ini, maklum le cuti sekolah ni, dok ngadap TV duduk baring bangun lapar..apa nak buat, kena juga le turun padang ke dapur tu...huhuhu
Tapi Lin tak masak yang berat2, cukup sekadar masak ikan goreng tepung respi Che Ct, sambal getuk respi SilaRasa, dan juga sayur kacang buncis respi Sis-Lin..hehehehe
Cumanya harini rasa nak buat kerabu, haritu kawan Lin,MamaYatie bagi buah mangga, dapat le buat sikit, sekali makan tak cukup pulak, jadinya Rabu kelmarin, Lin beli lagi mangga kat Pasar Malam tu, cukup le untuk buat lagi kerabu mangga ni, cuma bahan pulak tak cukup, huhuhu tapi takpe sedap jugak..licin gak separuh mangkuk tu..hehehehe


Apa yang kurang tu? hehehe Yang takde ikan bilis dan bijan..hehehe
Respi yang simple cepat lagi sedap, enak di makan begitu saja...

Bahan-bahan:
2 biji buah mangga *lagi muda lagi sedap.
1 biji labu bawang besar.
2 biji limau kasturi.
2 batang lada..
Garam & perasa secukup rasa.

-Cincang2 buah mangga tu, kemudian perahkan asam limau.
-Hiris lada merah dan bawang, masuk kedalam buah mangga tadi, gaul rata garam bersama serbuk perasa dan hidang..
*Senang je kan..tak sampai 5 minit membuatnya..heheheheh



P/S: Tekak rasa macam nak makan sardine laaa......... :p


With Love

2 Comments

  1. Looks so yummy and prepared in a jiffy, my fav one like the bursting flavors inside.

    ReplyDelete
  2. Nava: Thankx Nava,..u can try and taste it, this menu is my family fav...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com