Thursday, June 16, 2011

Nasihat untuk kaum Hawa.

Assalamualaikum wbt..

Tengah hari panas macam ni, nak buat ye? Dapat eskrem ke, cendol ke, es kacang ke kan best kan? ada sapa2 nak belanja aku tak? he he he
Tapi tido pun sedapkan? boleh merehatkan segala lemak kelemak didalam badan, betul tak Shai?? ha ha ha iyeee ke? lagi tembam sembab ada lahhh...ke ke ke ke
Tak payah cakap banyak, kowang baca lah nasihat yang Lin dapat dari godek2 ke sana ke sini dari en.google tadi..tapi aku bukan penGODAM ok! :p

*gambar dr en.google

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

Sumber dipetik dari sini.



P/S: Nanti Lin carikan Nasihat untuk kaum Adam pulak yek..he he he

With Love

No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com