Friday, July 15, 2011

Akan Datang: Drama Wasiat di Astro Prima

Assalamualaikum wbt...

Kepada peminat-peminat drama melayu semua jangan lupa saksikan WASIAT di Astro Prima (saluran 105) setiap Rabu jam 10 malam bermula 27 Julai 2011 ini. Sebuah drama yang kekeluargaan dan penuh dengan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar untuk kita semua. 

WASIAT
Mulai 27 Julai 2011 (Setiap Rabu)
10 malam. Astro Prima (Saluran 105)

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi  memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.


Dibintangi oleh:- 


Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah



Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal



Sara Ali sebagai Johanna Hassan



Yasmin Hani sebagai Marina Malik


Jadi jangan ketinggalan menyaksikan drama ini yang akan menemui penpnton 27hb Julai ini...
Selamat menonton..:) *Promote!

KIsah lanjut klik SINI




P/S: Lin tang bab drama melayu ni memang sukalah..memang layann! kadang2 itulah sebahagian yang berlaku dalam dunia realiti ni...ermmm

5 comments:

  1. Urzain: Yep baca sinopsi je dh menarik..best! kita sam2 tggu ok..:)

    ReplyDelete
  2. Anastasyea: Tggu 27hb Julai sok..sama2 kita tonton ok.. :) Thankx Ana..

    ReplyDelete
  3. pssst... tolong bayarkan astro aku leh...

    ha ha ha..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..