Aku dan Mat Gebu 'berMADU'...

7/15/2011 09:16:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Hahaha tajuk panasss ko, takpe la itu sekadar tajuk saja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, tapi kalau tak kerana tajuk tu, kowang tak masuk le blog ni..hahahahaha
Hari2 pening mau masak apa kan, hari2 kena masak, tak masak kang kesian kat hubby dan anak2, kebulur le telan air liur, tapi kalau dah hari2 buntu ko nak masak apa, sampaikan kadang2 dah buhsan, goreng ikan maskan je dengan kicap, sedap jugak..kekekeke
Semalam datangnya rajin Lin, pi masuk blog Mat Gebu, nak cari resepi ayam, godek punya godek jumpa yang ni, tengok bahan semua cukup sedia ada, kebetulan memang lama jugak tak masak merah ni, dah buhsan asyik masak kicap, goreng, asam pedas dan kari, so kali ni kita cuba masak 'Ayam Merah Madu' Mat Gebu..
Seramm ko aku dengar madu ni..hahahahah tapi takpe ayam je kita madukan, jangan kita pulak kena madu, ada yang kena kerat sumbat dengan botol madu! ha ha ha ha ha

Kali ni Lin nak kongsi respi Mat Gebu ni, takde derhaka, semuanya bulat2 Lin ikut respinya, cuma Lin punya terlebih minyak le..hehehe takpe janji memang sedappppppp!


Yang ni Lin punya style..sori le Lin ni tak reti nak deco2 ni...'ada aku kesah!' janji sedap kenyanggggg..


Yang ni tak payah kata le, terang lagi bersuluh ayam tu..hahaha versi Mat Gebu..thankx Mat, sedapppp!
Jom semak respi dia yek...:)
Lin C&P je dari blog Mat Gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.





P/S: Semalam Mak bagi jantung pisang, haaaa mau buat kerabu jantung pulak harini..jeng jeng jeng...sedappppp!


You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. pon2........

    sat lagi ayu singgah ye.. mana tau,. boleh tapau madu itu..
    hahaha...

    kak.. jemput ke rumah ya.. ada kenduri doa selamat
    nasi ambeng!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. hahah..aku relaa okehh...hahaha, keji!!!

    ReplyDelete
  3. Ayu: hahaha ...
    Ni lauk semalam le Ayu....hahaha dah licin dik nun oii....sedapppp!

    Ayu..kendurinya bila?? sis mlm ni pun ada Yassin..

    ReplyDelete
  4. Mat: hahahah i tak rela u...wahahahahahaa....

    Btw mmg sedap Mat...anak2 aku suka..agaknya klu bt utk daging cmne ek..sedap ke?ermmm

    Hrni aku nk masak kerabu jantung plk..hehehehehe

    ReplyDelete
  5. wwooowwww..nmpk mcm menyelerakn lps ni nk cuba laa...

    ReplyDelete
  6. Ayanuts: mmg sedap..tak rugi mencubanya... :)

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.