Thursday, July 14, 2011

Amat & Backpackers

Assalamualaikum wbt...

Hurmmm nak tulis pun tak de mood, lagi nak bercerita panjang pasal ni..ermm mood takde sebab si anak bujang tu excited sangat nak gi camping tinggalkan Lin 3D 2N di Tunjuk Laut,Mersing tu ikut Perkhemahan Kem Motivasi UPSR dan Unit Beruniform sekolah dia...yang kita ni risau memanjang..hu hu hu
Dia? ermm apa dia heran, siap sibuk hari2 mengemas dan baca surat jadual dan rutin aktiviti dia kat sana, ermmm. Katanya adventure Mak, besttt!.ahhhh ye la Mat oii, janji tau jaga diri dan tau bawak diri tu, jangan nakal dan jangan buat yang di larang oleh peraturan sekolah ok!.

Semalam waktu kemas barang2 keperluan, mulut dia asyik membebel je sebab barang2 yang nak dibawak tu tak muat dalam bag dia, ermmm. So bawak le dia pergi KipMart beli apa yang patut, dan dia ternampak 'Bagpackers' yang owang selalu panjat gunung bukit tu pakai, tengok harga, uiii mahal gak yek..besar pulak tu, boleh ke Amat nak bawak tu? Dia jawab boleh, sebab dia ada tali ikat kat perut dan pinggang, beli yang ni la Mak ek? Amat nak yang ni, besar boleh muat semua barang2..boleh eh Mak? *pujuk dia tak habis2*.


Cerewetnya bukan main, semua baju2 dia mintak masukkan dalam plastik setiap sepasang, ermm sebab apa? senang nak bawak gi toilet katanya.. :p


Kesian tengok dia merayu pujuk minta belikan bag tu, col Ayah dia, tapi suruh dia cakap sendiri he he he
Lin dengar katanya, 'Nanti ayah belikan Amat bag boleh, barang tak muat nak masuk bag lama tu la' pastu mungkin Ayah dia tak faham, so Lin dengar Amat cakap 'ala bag yang macam Abang Shai bawak selalu tu la, yang besar tu' he he he. and then mungkin Ayah dia faham, so Amat kata, 'beli harini tau, nak kemas masuk barang2'...ermmmm
Malam sampaikan jam 11pm menunggu Ayah dia balik nak tengok bag, nasib Ayah dia beli, dan kena dengan apa yang dia nak, kalau tak, ntah macam mane le mulut dia muncung tuuuu..ha ha ha Amat oo Amat..adeiiii...
Anak2 sekarang ni kan, beruntung semuanya dan dapat izin nak berdikari memandai sendiri, time kita dulu jangan kata nak bercamping, nak ikut rombongan pun susah, macam2 alasan yang Mak Ayah bagi..tapi redha aje le..owang susah kannnn..hu hu hu





P/S: Esok dah nak pergi..adeii ada jugak airmata mengalir ni kang, memang rasa lain kalau Amat takde dengan Lin, walaupun ada lagi 2 orang anak dara tu sebab kemana2 mesti dengan Amat..ermmmmm..

4 comments:

  1. sis...
    amat dah makin matang..
    percayalah...

    dia hero!!!!

    kalau rasa rindu.. jom.. ke mersing.. heheheh...

    PS: nak buat entry khas utk soalanmu semalam.. tunggu

    ReplyDelete
  2. Ayu: huhuhu kat mata sis ni dia kecik je lagi..heheheh

    bukannya apa Ayu..selalu kat mana dan mana2 dia je jd teman sis..so klu bdia takde tu..rasa lain le sikit..huhuhu

    Sis dh baca dah..tp tang mayong tu x leh tahan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. alaaahhaaai...

    amat oo amat,
    meh sini kak ret fotostat satu badan amat khas utk mak ko ni, senang malam2 dia leh peluk 'AMAT FOTOSTAT'.. hehehe :p

    ReplyDelete
  4. Retna: weii kalau pakai copy..nnti peluk abs le renyuk weii..hahahaha

    Tak moh nnti xde bau Amat! hahahahaha

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com