Annisa: Kejujuran Dalam Persahabatan.

7/07/2011 10:15:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Ermm kalau cakap dan nak bercerita pasal drama Annisa ni, memang geram dan sakit hati je, baik yang perempuannya ataupun lelakinya, ye la bukan le nak emo tak tentu pasal, tapi kisah perjalanannya memainkan peranan penting dalam persahabatan, di mana sebuah persahabatan, kejujuran, keikhlasan dan juga kepercayaan telah dikhianati oleh kawan karib sendiri, mau tak sakit hati dan geram tengok cite ni...grrrr
Rasanya ada juga kot berlaku dalam dunia realiti ni, istilah 'Kawan makan Kawan' kan??? ermm daripada ko makan kawan tu, baik ke ko makan GCB McD tu, kan ke sedappppp, hati tak sakit dan hati kawan pun tak perit!!! benggongggggggg.. :p
Sapa2 yang terlepas dan belum tengok lagi cerita ni, elok le tonton, banyak kisah dan tauladan untuk diri sendiri yang boleh dijadikan iktibar dalam berkawan, kerana tak semuanya jujur, dan dalam jujur tak semuanya yang tak ikhlas!..

Dipetik dari SINI

Sinopsis Drama Anissa
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?



P/S: Bercinta biar satu..berkawan biar seribu..patah tumbuh hilang berganti, kalau patah gigi?? pakai le yang palsu!!! ha ha ha ha


With Love

10 Comments

  1. Drama nie memang menakutkan saya!! Sakit hati dengan balkis

    ReplyDelete
  2. Cik Kamoo" memang..sangat menyampah dgn wataknya yg bt selambaaaaaaaaaa jek...grrrrrrr

    ReplyDelete
  3. sis lin, nisa siap tgk ni tiap2 malam kat tonton.com. geram kot dgn si balkis. jahat gile!!! rase nak tumbok kot. macam cilaka gile. muke nk bajet suci. haih... sian hana... kena kencing dgn kawan sendiri.

    ReplyDelete
  4. CNK: Kannnnn...geramnyaaaa...sis pun kadang2 miss kena tgk gak kat tonton.com.my tu..heheheh

    tak sabar tggu episod malam ni...

    ReplyDelete
  5. tak suka watak shila yang menggelapkan duit syarikat...n watak balkis yang berkahwin ngan suami BFF secara senyap...

    ReplyDelete
  6. Zaidah: mmg sama le kita..yg satu kawan makan kawan..yg satu tak jujur..yang satu lurus bendul plk tu..huhuhuhu...

    itulah realiti yg ada dlm hidup..kan kan kan...

    ReplyDelete
  7. memang geram tgk cite ni...laki anna tu yg bukan main tak sedar diri,tak tahu untung dapat bini baik, mau sepak je kalau dapat laki camni. grrr..marah ni. salam kenal ;)

    jemput singgah pondok saya,
    julierosarina.blogspot

    ReplyDelete
  8. Julie: mmg gerammmmmmm2 sangat2...yg salahnya mmg lelaki tu, tp klu tak tepuk sebelah tangan, takkan berbunyikannnnn..huhuhuhu eeeeeeee

    ReplyDelete
  9. mas tengok drama ni...
    memang best jalan ceritanya..
    tak sabar nak tengok kesudahannya...

    ReplyDelete
  10. Mas: Memang gerammm je tgk....itu le dia realiti dlm persahabatan...tak semua yg ikhlas dan jujur setia..kan kan kan....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com