Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

7/29/2011 08:00:00 AM

Assalamualaikum wbt..

Bila dengar Zakat, dengar waktu berbuka/imsak maknanya dah nak masuk Ramadhan..
Allah Ya Rabbi, sesungguhnya aku bersyukur diberikan nafas dan masih di sini untuk menyambutnya..insya'allah..
Jika di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik, kita semua kan menyambut Ramadhan pada 1hb Ogos nanti, pejam pelik pejam pelik dah dekat nak puasa, pastu raya pulak..aduhhh masa mengejar kita terlalu cepat kan?...Moga kita semua diberi hidayah dariNya pada Ramdhan yang akan menjelma nanti yek..
Dan Lin nak kongsi info untuk bayaran zakat tahun 2011 ni, puasa puasa jugak tapi jangan lupa ye bayar zakat... :)


Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri² di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil² yang dilantik ataupun di kaunter² bayaran zakat yang disediakan.

Pengeluaran Zakat adalah 
Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Ibnu Umar meriwayatkan: 

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Kadar Zakat Fitrah 2011

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
7.50, 5.50 (mengikut harga beras yang di makan?
Pahang
7.00
Terengganu
5.00 / 7.00 / 8.00 (mengikut harga beras yang di makan)
Kelantan
7.00
Sarawak
6.20
Sabah
7.00
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

    Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya. 
    Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya. 
    Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan. 
    Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal. 
    Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.

Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”

Sumber Rujukan: Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy 




P/S: Alhamdulilah ganti puasa untuk 2hari dah selesai, kalau tak asyik tertunggak ke tahun depan je..hehehehe


You Might Also Like

10 Comments

  1. oo thn ni zakat KL turun ye :) alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Retna: Yup...Johor still sama..rm6.50..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Oh Oeya: Sama2..sharing is caring...:)

    ReplyDelete
  4. uiks... Sabah paling tinggi rupanya... hehe...

    Adry @ www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  5. baru perasaan... selangor & KL sama harga RM 5.20 tak jadi masalahlah bagi diriku..

    Kerja di KL ..tinggal di selangor. bayar kat mana2 pun boleh. he he he.

    TQ for the info.

    ReplyDelete
  6. SALAM, ZAKAT DI SELANGOR ADALAH RM7.00 SEPERTI TAHUN LEPAS, BUKANNYA RM5.20 IAITU 4 TAHUN SUDAH.. MOHON SEMAK DI WEB E-ZAKAT.COM.MY

    ReplyDelete
  7. Salam. Minta betulkan balik kadar fitrah di Selangor. Kadar sebenar ialah RM7.00 bukan RM5.20. Minta dibetulkan dengan kadar segera kerana implikasinya adalah besar

    ReplyDelete
  8. Terima kasih buat semua...
    Maaf jika info yg disedikan mengelirukan...

    Saya dah perbetulkan dan harap ianya benar...

    ReplyDelete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com