Mayat Nurrahayu ditemui.

7/05/2011 09:49:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Tinggal lagi 2 bulan saja nak berhari raya tapi bila ibu bapa menerima khabar berita sebegini pasti keadaan berubah menjadi sedih dan hiba apabila mengenangkan nasib anak kesayangannya yang di temui mati dalam kedaan yang menyedihkan..huhuhu..
Apalah dosanya hingga di perlakukan sebegini kejam, manusia apakah itu hingga sanggup megerat dan membakar sesama manusia hingga begini zalim..tidakkah dalam hatinya punya rasa kebapaan dan peri kemanusiaan??? sangat sedih dan kesal sekali....

Gambar dan berita dari Kosmo Online.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam. Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.



P/S: Pesanan untuk diri sendiri...kena awasi, jaga dan pesan juga nasihat anak kita supaya berhati2 dan tahu menjaga diri agar di lindungi dari yang maha Esa...Aminnn


With Love

You Might Also Like

12 Comments

  1. aduss.....kesiannya....kenapa manusia sekarang kejam??

    ReplyDelete
  2. Azam: Manusia sekarang tak guna akal dan fikira..dah memang kategori tak waras! hanya memuaskan nafsu serakah!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kejamnya amnusia sekarang.. sedih baca kat paper tadi

    ReplyDelete
  4. IEB: Yup..memang sedih sangat2..sebab tu terpanggil berkongsi sama2 di sini...lagi2 berlaku kat Negeri Johor..huhuhuhu :((

    ReplyDelete
  5. nangis aku Sis... sedihnyaaaa... patah hati ibu & bapanya.. kalu meninggal cara lain mgkin perasaannya tak sepilu ini..

    ReplyDelete
  6. Sari Yusa: mau taknya...kita tak dapat bayangkan macam mana perasan ibu bapanya...huhuhuhu

    Sis tadi tengok wajah budak tu kat gambar tu je, dah rasa sangat2 sedih..huhuhuhu apalagi nak meratapi mayatnya... :((

    ReplyDelete
  7. dekat dgn kawsn saya
    takutnyer skrg ni

    ReplyDelete
  8. Mama Shifa: kadag2 kita rasa..duduk dalam rumah pun dah tak selamat..apalagi membiarkan anak kita di luar sana..walaupun hanya ke sekolah...sangat menakutkan..huhuhuh

    ReplyDelete
  9. takziah..sedih sungguh baca cerita nie..kejamnya manusia sekarang...tiada sudah sifat berperikemanusiaan...

    ReplyDelete
  10. Puteri Malaya: Betul tu..manusia sekarang dah berhati binatang..buat ikut sesuka hati dan belas kasihan..huhuhu

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  11. Zool Blogger: Sangattttttttt sangat kejam! tak tau nak cakap apa punya manusia! hu hu hu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com