Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini.

7/27/2011 10:56:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Nama pun bulan Ramadhan, jadi sebelum kita menyambutnya, kena le tengok anak bulan, kan?
Insya'allah banyak ramalan mengatakan 1hb Ogos kita semua akan menyambut Ramadhan tapi kena tengok anak bulan jugak, buatnya tak muncul, tak jadi le puasa 1hb tu, tapi biasanya menjadi je ramalan tu..hehehehe..
Lain le kalau kowang dah nampak anak bulan 'merah' terus Raya le yek..kekekekeke
Jom kita kongsi bersama petikan dari Kosmo Online..

Image dari en.google.

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.




P/S: Insya'allah jika dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan...kita akan sama2 meraikannya..Aminnn


You Might Also Like

5 Comments

  1. Amin.

    Choooopppp!!!

    Header Ramadhan eikkk Lin?!!

    Nice :)

    ReplyDelete
  2. Oh Oeya: hahaha ye ye rumah baru ni sempena raya tahun 2011..kekekekeke

    btw thankx :)

    ReplyDelete
  3. tahun pertama x dapat teropong anak bulan dari puncak ' menara kl'

    sedih kah aku? x de maknanye.. x penah dapat dekat dengan itu teropong pun.

    ReplyDelete
  4. Shaizhar: Hahaha sabo je le..kira aku bertuah le yek dpt pegang dan teropong kat Menara tu..hahahahhaa

    jgn sedih..senyum x perlu kata apa2..hehehe

    ReplyDelete
  5. senyumlah.. senyumlah ahai.. cik mek molek...

    jawab...jawab....

    ReplyDelete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com