Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #7: AidilFitri

11:27 PM 4
Wordless Wednesday #7: AidilFitri
Assalamualaikum wbt...

"Salam AidilFitri 2011"
-Maaf Zahir & Batin-











P/S: Takut nak naik atas timbang!!!! erkkkk


1 Malaysia 1 Raya..Merdeka!

12:02 AM 0
1 Malaysia 1 Raya..Merdeka!
Assalamualaikum wbt...

Mereeka! Merdeka! Merdeka!

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Salam Merdeka buat semua...




P/S: Juga Lin ucapkan selamat hari jadi buat pasangan Ann & Kerie yang menyambut harijadinya pada 30/31hb Ogos...Hepi birthday to both of you...


Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

9:01 PM 8
Assalamualaikum wbt...

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya



"Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua pengunjung Bisikan Hati'
Lin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan, pergaulan juga perbualan dan komen yang ada membuat rasa hati pada kawan2 semua, minta dihalalkan makan dan minum Lin mana yang ada termakan dan terbelanja, moga Syawal yang dinanti akan membawa satu rahmat dan hidayah buat kita semua..Aminn"
*Sapa yang sudi tu jemputlah datang beraya ke rumah ye, jangan malu jangan segan..

-OFFline...(tak tau sampai bila)




P/S: Tuan tanah kebizian melandaaaaaaaaaaaaaaaaa...huhuhu yeahhh yeahh hari raya! hari raya! :p


Friday, August 19, 2011

Nafisa Silk House.

4:00 PM 6
Assalamualaikum wbt...

Terima kasih buat mr.hubby atas tajaan dan tunaikan permintaan si isteri yang banyak songel ni..hehehehe
Asalnya nak menempah dengan kawan, tapi atas kesibukkan kerja mr.hubby, so tak dapat nak bawak beli kain  so tak jadi hantar dengan kawan *majuk*
Oleh kerana tengok isterinya yang merajuk, mr.hubby kebetulannya outstation ke Bintulu,Sarawak. Selesai urusan disana, mr.hubby singgah ke Nilai3 dan terus col bagitau si isteri ni, nak color apa dan paten apa, terus disuruhnya si isterinya ni ukur ukuran tingkap semua..*senyum sampai telinga*

Petangnya mr.hubby col dia kata dah siap jahit dan otw pulang ke JB sebelum esoknya nak ke Melaka *lompat katak gembira*.
Malamnya mr.hubby sampai dan terus susah payah panjat segala gantung kesemua langsir tu. *pelik,cepatnya nak pasang*
Dah siap pasang, mr.hubby hulur sesuatu .*sukaaaa, bende rahasia* 
Terus kami tido dengan gembira dan jayanya sampai ke satu tujuan..*nakal* :p


Beli dan terus jahit, 1 jam siap!!! TQ Nafisa Silk House..
Takpe masuk gambo ni kan, apsal? ada yang nak kata aku ni 'eksen' ke??? eh eh eh 'ada aku kesah!'





P/S: Masih lagi kekok menggunakannya...hu hu hu


KAMI BLOGGER PRIHATIN

1:29 PM 2
Assalamualaikum wbt...

'Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima'
Hulurkan bantuan, dermakan sumbangan walau sebagai blogger. 
Tabung rayuan ini diadakan sebagai respon bencana kemarau terburuk yang melanda Afrika Timur dalam tempoh lebih 60 tahun. Kemusnahan yang berlaku meliputi kemusnah tanaman, ternakan dan segala hidupan yang membawa kepada kenaikan harga makanan. Dianggarkan kehidupan kira-kira lebih 10 juta orang penduduk di tiga negara – Somalia, Kenya dan Ethiopia terjejas oleh kemarau tersebut.

Cerita lanjut di SINI


Kata Ben Ashaari: 
Sebagai blogger , kita punya tanggungjawab sosial tersendiri . Berbeza dengan mereka yang bukan blogger . Blogger memainkan peranan yang penting di waktu ini memandangkan dunia internet telah mendapat sambutan yang amat hebat .
 Blogger perlu bijak mengambil kesempatan ini dengan menghebahkan mengenai kempen ini di dalam blog masing masing ..
Tak susah .. 1 blog ada 100 pembaca katakan .. Dalam 100 tu dapat seorang derma RM10 .. Cukuplah.. Kalau yang menghebahkan lebih dari 100 blog ? 200 ? Berapa dah kutipan derma ? Mereka tak tau jadi blogger yang yang memberitahu.. Tak susahkan ?
Rakan rakan di FACEBOOK , TWITTER dan blog , sama sama kita sebarkan ..
" RM 3 juta menjelang Syawal yg IRM perlukan utk Somalia tidak mustahil, Insya ALlah! Dermalah dlm 10 terakhir Ramadan ini. "



So sesiapa yang nak join Klik SINI.
Bagi sesiapa yang nak menderma boleh klik SINI 
Juga anda boleh hulurkan sumbangan untuk adik Q di SINI



Dan yang ini header aku, ada sapa2 yang nak kata apa2? aisshhh apa la yang susah, nak letak ke taknak letak ke header BA dalam segmen tu, suka hati le, tok sah nak banyak songel! Kalau suka letak, tak suka letak header aku ni, cantik tak? TQ Sunah..he he he
Susah sangat ke nak letak header tu? hehehehehehe




P/S: Nak buka apa ek hariniiiiiiiiiiii?????


Kenyang ke?

7:27 AM 6
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah syukur pada mu Ya Allah. 
Tik tok tik tok dah 19 Ramadhan, waduhhh cepatnya masa berlalu, rasanya macam tak rasa nak raya cuma lagu raya yang buat meriah huhuhuhu. Sebab apa? mr.hubby takde, bizi kerja banyak, now still kat Melaka, biasanya dialah yang sibuk urus dan kemas rumah, so rumah baru 40% aje persiapannya, tu pun mr.hubby sempat baru tukar langsir dan wallpaper, yang lain2 persiapan pun baru masuk 70%, adeiii masa terus mengejarkan, takpe la last minit aje lor..janji ada dan beraya seadanya..

Bila dah masuk 19 Ramadhan ni, menu berbuka dah tau nak makan apa ek? bazar? ermm rasa macam malas nak pergi, bila pergi mesti habis rm30-40 punya, masak? sampai  dah tak reti nak masak apa, aishhh silap2 buka makan megi pun sedap kannn..hehehehe


So 17 Ramadhan lepas, inilah menu berbuka Lin, cheezy wadges KFC, beli 1 takut tak cukup, so beli 2, sekali makan licinnnnnnnnn...kekekeke


Anak2 pulak, wafer rendang Tesco, memang sedap giler, penuh isi rendang dia kat dalam tu, pelik? ermm nanti try kowang cuba, mesti nak lagi.. :p


Kenyang ke kowang? Tapii apalah nasib mereka di SANA .....juga di SANA....
Moga Allah merahmati hidup mereka..A-Minn..




P/S: Mau cari kasut raya!!! Yehaaaaaaaaaaaaaaa.....


Thursday, August 18, 2011

Tabung Krisis Kebuluran Somalia dilancarkan.

1:45 PM 2
Assalamualaikum wbt..

"Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima"
Terpanggil membaca entry dari sini dan terpanggil untuk dikongsi buat entry di sini..
Anda bagaimana?


PENGARAH Negara, Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin (tengah) bersama para sukarelawan memasukkan sampul wang ke dalam tabung sebagai simbolik pelancaran Tabung Krisis Kebuluran Somalia, di Seri Kembangan semalam. Klik di Sini )





P/S: Alhamdulilah...Moga dapat meringankan beban mereka...


Make A Donation.

9:43 AM 4
Assalamualaikum wbt...

Hulurkan bantuan, tiada paksaan dan tiada ugutan, ikhlas dari hati tidak kira bangsa dan agama.
Untuk kamu yang 'kenyang', apa yang kamu nampak dan fikir bila kamu melihat video di bawah ini...
Saya sudah tunaikan tanggungjwab saya walau tak seberapa, kamu bila lagi? ..

"Act the way you'd like to be and soon you'll be the way you act."...Donate & support. 



Kanak-kanak mati setiap enam minit di Somalia ..
Marilah kita sama sama menyumbang kepada saudara seagama kita di sana .. Kalau  bukan kita , sapa lagi .. klik SINI jika sudi ...





P/S: Sangat menyedihkan... :(( Thankx BA


Kes budak hilang penipu!!!

8:12 AM 8
Assalamualaikum wbt...

Kita perihatin kita share, terpulanglah bagaimana Allah nak membalas jasa kita..
Cuma satu je nak kata...'TERGAMAK!!!!'nyaaaa la adik oiii....apa yang boypren ko bagi kat ko tu sampai ketepikan dan sanggup buat kes macam ni kat ibu bapa ko yek!!! *huh!


Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga



PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber dari Kosmo.




P/S: Dimana silapnya????...


Spontaneous Thursday #5 :TQ

7:30 AM 4
Spontaneous Thursday #5 :TQ
Assalamualaikum wbt...



Terima Kasih Semua Atas Segalanya...

Image search dari en.google



**Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Rujuk SINI :





P/S: Teristimewa buat mr.hubby yang panjat memasang langsir kelmarin..Luv u ^.^


Wednesday, August 17, 2011

Kajian Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah: November

9:25 PM 4
Kajian Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah: November
Assalamualaikum wbt...

Takde keje cari kerja..itu saja kata2 untuk entry kali ini. Sekadar suka suka saja.. :)


NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk dirumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


www.s2u.my 





P/S: Jangan buat aku marah!!!! 


Tips Untuk Yang Bersaiz XL

3:46 PM 9
Tips Untuk Yang Bersaiz XL
Assalamualaikum wbt....

Arghh jam dah dekat pukul 4pm tapi otak masih jem nak fikir masak apa ni aduhhhh..tapi rasanya nak buat sup telur dengan sambal sotong kering, bahan2 pun dah siap sedia, tinggal nak turun dapur pegang kuali je, ok le tu kan, malassssnyaaaaa la harini..huhuhuhuhu.
Kang masak sedap2, makan banyak2 kang, ada tak muat baju raya tu, kes naya kang, silap2 timbang, jarum tu membengkok laju je gerak, aduhhhhhhh dari saiz M ke saiz L, uishh mintak dijauhkan...

Tapi sapa kata kalau badan besar tak boleh bergaya? sapa sapa? jangan memain sekali mereka bergaya, huh kalau kowang yang bersaiz S tu tau! lebih nampak comei dan cute! alaaa macam Enot tu, kan cantik kannn..cuma kena pandai dan bijak mengayakannya aje, salah gaya, nampak makin besar le badan tu...
So untuk tip bergaya kali ni, Lin search khas untuk yang berbadan besar dari L-XXL..dapat juga kowang praktikkan...Selamat mencuba :)


Bagi mereka yang memiliki pinggul yang lebar dan buntu mahu memakai baju tradisional yang boleh menutup pinggul anda yang lebar, selain baju kurung atau baju kebaya, apakata anda baca tips dan fesyen lain untuk baju anda.
Design yang pertama ala-ala kurung moden, tetapi ianya agak longgar dan selesa di pakai. Disamping itu anda boleh menyembunyikan juga pinggul anda yang lebar tu. Buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. Terpulang pada pemakai. sama ada nak tambahkan lisu(dart) atau biarkan potongan lurus. 

Biasanya baju sebegini dipadankan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kurang sesuai.Ini kerana baju tu agak labuh dan mencecah lutut..Jikalau anda ingin menggunakan fabrik yang kosong, tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. Potongan leher V juga dapat membentuk leher anda kelihatan lebih jinjang. Elakkan potongan leher yang berkolar.

Untuk design yang kedua.. ramai di antara kita yang terlupa dengan baju kurung kedah. Tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan tubuh badan kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah bermaksud kita buat baju kurung kedah yang opah-opah selalu pakai tu. 'renovate' sedikit.. biasanya baju ini tidak ada lisu(dart).. tetapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. Baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik.. terpulang kepada pemakai. Labuh tangan pula adalah 3 suku. Tetapi juga boleh diubah menjadi labuh separas pergelangan tangan.

Design ketiga ala-ala mini jubah. Bukan jubah yang serkup satu badan tu.. tetapi yang biasa dipakai dengan seluar. Labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. ini akan menampakkan anda kelihatan lagi rendah.. potongan leher separa sampan juga dapat menjinjangkan leher anda. Cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja. Elakkan dari belahan baju di kedua-dua bahagian. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.

Bahagian sgt perlu dititik beratkan:

  • potongan lengan yang kembang tu akan menampakkan kelebaran badan anda lagilah lebar
  • baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal
  • pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa korang yang lebar terutama di bahagian sisi badan

Image dan sumber search dari SINI




P/S: Oooo 'SuperMak' mai le sini tolong aku kemas niii...adeiii rumah macam tongkang karam!


Wordless Wednesday #6: Deco Raya

7:30 AM 15
Assalamualaikum wbt...

Special TQ to mr.hubby...Impian menjadi kenyataan... ^.^




Selamat Hari Raya..!!!! :p




P/S: Lepas ni mr.hubby urus tang langsir pulak...aku? No money No Talk!!!...wakakakakakak...


Tuesday, August 16, 2011

Peristiwa Nuzul Al-Quran.

8:30 PM 8
Assalamualaikum wbt...

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Jadi, jom kita renung2 kan apa yang terkandung, tersirat dan tersembunyi disebalik sejarah Nuzul Al-Quran...
Renung2kan dan selamat beramal..

Image search dari en.google.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. 

Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). 

Sumber dari 
JAKIM




P/S: Mari mengecat rumah!!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka! opssss