1 Ramadhan @Pulau Pangkor

8/04/2011 10:35:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Tahun ni berpuasa merupakan pengalaman yang baru buat Lin dan juga family, sebabnya pertama kali berpuasa dalam keadaan musafir juga di rantau orang. Bukan sengaja mahu bercuti time puasa tapi plan yang tak dirancang sebaik saja mr.hubby kata nak ke Lumut atas urusan kerja, kebetulan anak2 sekolah cuti sampai 2 Ramadhan so apalagi 'sambil selam minum air' la, tapi plan asalnya mau ke tempat lain, tapi disebabkan nak singgah ke Sabak Bernam menjenguk MIL Lin, so kitaorang putuskan untuk bercuti ikut mr.hubby aje ke Lumut.
Dah alang2 ke Lumut buat kaki ke-2 kan, so kali ni mr.hubby ajak kita bercuti ke Pulau Pangkor,yahoooo..
Lin naik feri melalui Marina Bay, bukan di Lumut, sebabnya dekat dengan resort yang kita menginap tu, anak2 dah excited sebab kali pertama naik feri, suka kemain, hilang lapar dan dahaga..


Only 5 minute to Pulau Pangkor dari Marina Bay. Nak naik dari Lumut pun boleh jugak..


Tiket untuk dewasa rm10 dan rm5 untuk kanak2 untuk pergi dan balik, tapi kowang kena buat family card atau personal card untuk cover insuran, kalau tak buat harga mahal sikit. 
Untuk family card tu baru rm10 saja lifetime.
Jadual waktu feri nya kowang jangan takut, selang 1 jam je ada je feri, cuma last feri tu aje yang awal ye sampai 7.30malam saja *feri takde lampu kot, sebab tu tak jalan malam..he he he


Masa untuk berangkat, Yana dan Amat juga mr.hubby memasing excited bebeno, sampai kena tinggal Mak dia kat belakang, gambo ni Naz yang amik, biasa le nak posing punya hal..he he he 
*back body tu kowang abaikan le yek..gumukk's!


Alhamdulilah selamat sampai di Jetty Pangkor, nasib tak mabuk memasing..hehehe..
Ok sampai je kat Jetty ni, kowang jangan pelik pulak sebab ramai yang dah menunggu, sapa? oo si prebetsapu a.k.a teksi la untuk bawak kowang jalan2 pusing2 satu Pangkor, pilih aja dan pandai2 le kowang tawar harga yek..
Kebetulan hari tu bukan cuti umum, so dapat lah harga murah, Paman tu bagi harga rm60 sahaja..ok kannn?
*Gambar2 lain kowang boleh tengok di FB Lin yek..banyak sangat, tak terupload kang jadi berat pulak blog aku..kekekeke


Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai.
Tempat-tempat dikunjungi:
  • Lapangan Terbang Teluk Dalam
  • Kilang Satay Fish SPK
  • Tukang bot SPK
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung

Image search dari en.google

Juga boleh menyewa motosikal untuk meneroka ke banyak lagi tempat.
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
  • Monkey Bay
  • Pasir Giam (Coral Bay)
  • Taman Lin Ji Kung
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pulau Pangkor Laut




P/S: Pendek kata dan luahan rasa, percutian kali ini sangat mencabar keimanan dan juga ketahanan badan tapi puas!!!!!!! walaupun tak dapat jalan lama2..huhuhu. Lepas ni mr.hubby kata kita stay bermalam di sana pulak..yessss!


6 Comments

  1. ingat akak berbuka kat situ sekali.. mesti lagi best kan?

    ReplyDelete
  2. lepas nie mau gie honeymoon ke 11 pulau salah satunya ialah pulau pangkor :p

    ReplyDelete
  3. Rozita: hehe tak akak pergi tghri dn balik ptg sbb dh booking buffet ramadhan kt tmpt akak menginap tu...:)

    ReplyDelete
  4. Shaizhar: wahhhhhhh kenapa mesti 11? itu bukan honeymoon lagi...kepala dh nampak bintang dah...hahahhahaha

    ReplyDelete
  5. sis lin : 11 pulau selama 11 bulan boleh? ha ha ha.. shj je 'angan2' kot2 kau nak seponser salah satunya.

    pulau pangkor may be?

    langkawi & penang dah ada penaja :p

    pulau singa nak minta seponser bro ross. he he he

    ReplyDelete
  6. Shaizhar: Aku nak sponsor? time aku nak sponsor tu jgn2 ko dh beranak 3 dah kot..hahahahahhaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com