Thursday, August 11, 2011

Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah..Lin rasa mesti ramai yang dah ada dan juga tau tentang buku ini, buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru dan dikarang juga ditulis oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Abd Hamid ini sangat2 banyak memberi kita panduan untuk menjalani kehidupan secara sempurna, ermmm itu baru bab pertama Lin baca tentang Syariat Kelahiran...huhuhuhu *akan cuba dihabiskan dan amalkan apa yang dah dibaca..
Kita hidup memang sukar nak mencapai sempurna, baik dari segi agama lahir dan batin, banyak yang kita tak tahu dan banyak kena belajar dan mula dari bawah, so dengan adanya buku ini, insya'allah mudah2an sekurang2nya apa yang Lin tak tahu jadi tau, nanti bolehlah Lin berkongsi dengan kowang semua ye..

Terima kasih Lin ucapkan pada Nazuha anak kepada penerbit dan pengasas Telaga Biru,Hj Waharp Yusuf juga yakni tunang kepada Shaizhar kerana dia yang rekmen Lin buku ni, dan Shai yang susah payah bawak dari KL ke JB untuk disampaikan kepada Lin, siap dapat % lagi harganya..he he he he...tapi memang tak rugi membelinya dan sangat2 berbaloi dengan harganya....thankx sekali lagi..


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.


Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.






P/S: Kenapa perlu berubah? Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan..itulah hakikat sebenarnya...


10 comments:

  1. aiyo ako x sempat lagi nak baca buku2 tu... ada terperuk je lam bilik sejak balik aritu..

    bila la ye ada masa nak baca ni?!!

    ReplyDelete
  2. Retna: Hehehe aku baca waktu menunggu anak aku balik sekolah dalam kereta...

    Lama2 sok habis la tu aku baca...

    ReplyDelete
  3. baca jgn x baca.

    x puas hati ni. top commenters kat blog 'kau' menipu.. mcm mana kedudukan aku dlm carta makin jatuh...

    x puas hati nie. hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Shaizhar: hahahaha sedang berusaha utk baca dan fahamkan...

    shai bende tu ikut pageview aku la kot...aku pun feninggg hahahaha
    teruskan usaha anda utk komen ya! hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. :P malas la nak komen... semakin jatuh je kedudukan carta. kau ingat ini carta muzik - muzik. ha ha ha

    ok.. ok.. aku akan komen dan komen dan komen.

    ReplyDelete
  6. Sis Lin,
    sy ada buku nie...1 of my collection...:) sngt2 bermanfaat tuk seisi rumah....n sy sages...patutnya setiap rumah (orng islam la kan...) ada 1 buku nie sbgai panduan....

    ReplyDelete
  7. Shaizhar: Hahaha ye ye komen jgn tak komen ye..
    Komen anda dihargai..thankx :)

    ReplyDelete
  8. Asyifa: alhamdulilah..mmg bt masa ni inilah dijadikan rujukan..
    byk yg dpt dipelajari setelah membaca buku..dr tak tau jd tau...syukur alhamdulilah...

    ReplyDelete
  9. kita dh xde dlm ranking pun diammm je ngeeeee :)

    Mmg bila dh lama tak sekolah ni, byk kita terlupa.. 'sumber' begini sgt2 kita perlu..

    *psssttt! Lin itu 'kawan' ade offer % lg dakkk?! kui3.. jgn maraaa aaa.. posa..

    ReplyDelete
  10. Oh Oyea: ye ye klu nak boleh bg %..hehehehehe

    betul..sangat2 bagus buku ni utk seisi keluarga..dah ada? x de? nnti pi beli eh..hehehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..