Assalamualaikum wbt...
Sebagai pembuka update blog untuk harini, Lin ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga arwahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang telah terkorban dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu,Somalia 3hb Sept lalu. Cerita lanjut di SINI
MOga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah...
Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.
Jika anda juga perihatin dan ingin turut serta membantu 'Serious drought in Somalia affecting livelihoods', hulurkan bantuan seikhlasnya di SINI
P/S: Mood lemau nak update blog nie..hu hu hu
takziah buat keluarga allahyarham
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah
pagi tadi dengar menerusi radio, keluarga allahyarham nak saman kelab putera 1 malaysia selaku penganjur kerana tidak mengambil langkah2 keselamatan
bukan nak kata apa, cuma aku nak petik komen dato' seri najib, somalia negara yang sedang dalam konflik dan dah tentu ada risiko. semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu seharusnya telah sedar dan akur akan perkara tersebut.
misi ke gaza pun tak ada request baju kalis peluru. takut2 ada yang mengambil kesempatan, menangguk di air yang keroh.
wallahualam.
jika arwah meletakkan niat membantu mereka saudara Islam kita di Somalia kerana Allah, insya'Allah dia seorang pejuang yang syahid..sama2 kita doakan arwah... :)
ReplyDeleteal-fatihah to arwah & salam takziah to whole family arwah..
ReplyDelete