H U D U D

Assalamualaikum wbt..

Bagi yang tak tau dan terjemahkannya dan kata mengenainya (macam aku), jadi buat rujukan, search dan mentelaah apa makna dan fahaman hudud itu, jangan main cakap dan komen tapi tak tau salah dan benarnya..



Hudud
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.


Dalil al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“ "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). ”

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud

Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

Merompak (hirabah) - iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

Penderhaka (bughat) - iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.

Sumber dipetik dari SINI.





P/S: Kembali demam lagi dan lagi...acccooommmmmmmmmmmmmm!


4 comments:

  1. Oh! Hudud

    Moga awak segera sembuh Sis-Lin, Amin.

    ReplyDelete
  2. sya personally sokong sbb ia hukum allah, sesuatu yg kite sbagai manusia biasa tak leh sangkal kan...

    salam kenal dr org jb gak ;)

    ReplyDelete
  3. Oh Oeya: Thankx Oeya...harini agak ok sikit berbanding semalam...huhuhu

    ReplyDelete
  4. MamaNoriz: Betul tu...agama Islam dr dulu lagi amalkannya..tapi kenapa masih nak dipersoalkan...ermmm huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..