Pembentangan Bajet 2011

10/07/2011 07:02:00 PM

Assalamualaikum wbt...




- Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

- Pemberian baucer buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam, swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.

- Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

- Bantuan sebanyak RM500 (sekali bayar) akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

- Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan kerajaan.

- RM15 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal dengan matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim”.

- RM200 juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)

- Kerajaan akan memberikan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik bagi wanita. Klinik 1Malaysia juga akan teruskan dibina di seluruh negara.

- Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebagai Anjung Singgah.

- Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma jika mereka tidak mampu melantik peguam sendiri.

- Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

- Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.

- Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.

- Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.

- Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji - Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

- Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.

- Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

- RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Teks sepenuhnya di SINI.
Info di atas aku ringkaskan dari mana yang aku baca... :)




P/S: Saya seorang 'SURIRUMAH'..


3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com