Tuesday, October 25, 2011

Sambal 'getuk atau 'toktok'

Assalamualaikum wbt...

Harini masak biasa2 aje, ikan masak kicap + kangkung goreng belacan + telur dadar, tapi tetiba tekak nak makan sambal belacan cuma kali ni tukar selera pulak ke Jawo, kita buat sambal 'toktok' atau sambal 'getuk' gitu le lebih kurang orang panggil...kowang panggil apa ek? hehehe
Buatnya tak susah pun, yang bestnya sambal ni boleh tahan lama, sebab bahan2nya semua digoreng dulu..
Ok kali ni Lin tulis respinya ye. *respi simple ok le, kalau respi panjang2 berjela sori le, takdan ente nak menaipnya..


Gambar yang tak berapa profesional yang diamik oleh HP SE Satio..*kita takde DSLR laaa :(

Bahan-bahan:
-20batang lada kering(ikut suka)
-5 ulas bawang merah.
-Segenggam ikan bilis
-Belacan dalam anggaran 1inci.
-Garam secukup rasa.

Caranya:
-Goreng kesemua bahan2, asing2kan supaya senang nak menumbuk, dimulakan dengan lada kering, kemudian bawang merah, ikan bilis dan akhir sekali belacan, masukkan garam sebagai perasa.
Mudahkan..cubalah, nak pedas lagi tambah cili api...




P/S: Waaaaa esok raya laaaaaaaaaa....Selamat Hari Raya :p


6 comments:

  1. Tok tok tok!
    Assalamualaikum tuan rumah...
    Mama dah sampai depan pintu ni, bawak periuk nasi, panas-panas lagi nasinya. Tak maulah susahkan tuan rumah masak nasi bagai. Tuan rumah hidang sambal getuk pun jadilah. Air mineral pun dah bawak sekali ni ha....

    ReplyDelete
  2. MamaFami: Waalaikumsalam..masuk aje lee pintu terbuka tu...hahaha
    Bagusnyaaa, nak makan tau pulak bawak nasi yek..hahaha

    Nanti dah kenyang sebelum balik, bawak ole2 roti manis tu balik yek...heheheheh :p

    ReplyDelete
  3. Iffah: Sedap mudah dan pantas...cuba laaa respi owang Jawo ni... :p

    ReplyDelete
  4. Ni! Niiiii! Pure Jawa datang hik :D

    Kita panggil sambal 'ketuk' atau pure Jowo nyer 'sambel geledek'..

    Selamat untuk dicuba kikiki :D

    ReplyDelete
  5. Oh Oeya: Iyoooo pure Jawo dr Klang mali hahahahaha

    ye ye sambal geledek :p

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..