Saturday, November 26, 2011

Muharram datang lagi.

Assalamualaikum wbt..

Muharram begins at sunset on Saturday, 26 November 2011, and ends at sunset on Monday, 26 December 2011.(Dates may vary.)


image search dari en.google.



Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa:  Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa: Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


Antara amalan sunat dan Fadhilat di bulan Muharram. 

Melapangkan masa/belanja anak isteri
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.





P/S: Sama2 kita renungkan..Anda buat anda dapat..sekian..


8 comments:

  1. Ija: Sama2 Ija... my pleasure.. :)

    ReplyDelete
  2. trima kaseh tok info berguna.salam maal hijrah:)

    ReplyDelete
  3. rugi lah sesiapa yang tidak mengamalkan amalan sunat yg dikongsikan kat sini, terima kasih sis lin sudi kongsikan info..
    jemputlah ke teratak sy jalan2 cuti nanti :)

    ReplyDelete
  4. Atiqa: sama2 dear...salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  5. Ieyza: Yup...sama2 kasih..siapa buat dia dapat, takde sapa paksa dan memaksa... :)

    salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah buat Lin sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Yatie: Salam Maal Hijrah juga buat Mak ET sekeluarga...

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com