Thursday, December 13, 2012

TADA DUKA YANG ABADI

7:30 AM 5
TADA DUKA YANG ABADI
Assalamualaikum wbt..


Lirik Lagu Opick – Tiada Duka Yang Abadi

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini






P/S: ......................................................


Wednesday, December 12, 2012

121212: 14 HARI LAGI

9:07 PM 2
121212: 14 HARI LAGI
Assalamualaikum wbt...

Hurmm ada apa dengan 121212 ni? Takde plak aku dapat jemputan kawin dan besday party, cuma harini aku dengar kawan aku bersalin dan yang terbaru baca kat blog Mazidul, Zakiah Anas tu menikah, tu jeee, yang lain2 takde plak yang aku rasa istimewa..tu bagi akuuuuuuuulah, kalau kowang aku tak tau leee :p


Tak kisah le apa cerita yang ada pada 121212 ni, yang aku tau lepas ni takkan ada lagi nombor genap macam ni, ye la tak mungkin ada selepas ni 131313,141414 dan seterusnyaaa..betul tak?

Dan yang paling penting...aku tengah menghitung hari ni..hahahahaha.
Mood holiday sudah mariii woooooo...!
Lambat benooo waktu dan masa berjalan laaaaah..adeiiii :p






P/S: Tak pasal2..Sentappp ok harini..!!!


Monday, December 03, 2012

KENALI SIAPAKAH KITA

7:30 AM 6
KENALI SIAPAKAH KITA
Assalamualaikum wbt..



Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu kebaikan.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wallahu A'lam...

Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid






P/S: Just Be Yourself!!!...


Sunday, December 02, 2012

BERUSAHA UNTUK BERUBAH

7:30 AM 1
BERUSAHA UNTUK BERUBAH
Assalamualaikum wbt....


Kebaikan dan kejahatan yang sebati dengan diri akan memandu empunya jasad ke arah yang bersesuaian dengannya. Sama ada ke arah kejahatan, atau pun kebaikan. Kalau jahat, maka jahatlah jadinya. Kalau baik, maka baiklah juga jadinya.

Perkara yang baik dan jahat itu, akan menjadi darah dan daging manusia tanpa disedari. Kecenderungan ke arah kebiasaan pada perkara-perkara yang dilakukan boleh menenggelamkan empunya jasad. Bezanya, tenggelam secara perlahan-lahan atau pun dengan kadar yang cepat.

Manusia, pasti ada yang ingin berusaha untuk berubah.
Jika seseorang membuat perkara yang agak jahat pada mulanya, maka saya jamin, selepas itu akan ada perkara jahat yang lain lagi akan dilakukannya. Mungkin, bermula dari perkara jahat yang kelihatan agak remeh, tapi lama-kelamaan pasti akan melakukan sesuatu yang lebih besar; dosa besar.

Begitu juga, jika seseorang melakukan perkara kebaikan walau sekecil-kecil perkara kebaikan, pasti akan ada lagi kebaikan yang ingin dilakukannya. Seiring dengan melakukan kebaikan itu, jiwa semakin lapang! 

Apa yang saya dapat lihat, memang begitulah manusia. Jika meninggalkan perbuatan yang kurang elok, sebahagian diri pasti tidak keruan, meronta-ronta untuk buat lagi dan lagi. Tapi sebahagian diri yang lain, tidak mahu disebabkan ada satu sudut yang tidak membenarkan perbuatan itu; hati.

Nak berubah untuk menjadi baik tidak senang. Baik itu memastikan anda meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik. Tapi, untuk menjadi jahat sangatlah tidak susah. Perkara kejahatan sentiasa terbentang didepan mata, anda pilih!

Tapi, sesuatu yang saya sangat pasti..
Orang yang tegar buat perkara-perkara yang tidak elok tanpa ada sekelumit rasa bersalah, maka syaitan akan turut membantunya untuk menguatkan lagi keinginannya kepada kejahatan. Syaitan akan memantapkannya ke jalan kejahatan sehinggalah dirinya mendapat natijah akan setiap perbuatannya.

Dan orang yang berusaha untuk membuat perkara kebaikan, pasti ALLAH akan membantu dan memberikan kemudahan walaupun kadangkala jiwa akan memberontak. 

Kekuatan jiwa itu sangat diperlukan untuk meninggalkan kejahatan jika ingin mendapat kebaikan dan pandangan rahmat daripada ALLAH SWT.

Wahai sahabatku “Hidup ini, memberilah sebanyak-banyaknya. Bukan menerima sebanyak-banyaknya!”
Marilah berubah untuk berubah...

Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid







P/S: Merubah untuk berubah, 2 situasi yang berbeza... :)


Saturday, December 01, 2012

JANGAN BERSEDIH JIKA TIDAK DIHARGAI

1:10 AM 2
JANGAN BERSEDIH JIKA TIDAK DIHARGAI
Assalamualaikum wbt..

Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disam
but pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.

Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.

Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum!

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAH itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAH itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Mari, Pujuk Hati

Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.

Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. 

Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. 
Semoga ALLAH merahmati sahabat semua!


Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid







P/S: Orang tak layan?..ermmm ada aku kesah!.. :p


Friday, November 30, 2012

AKU SUKA DIA

9:30 AM 1
Assalamualaikum wbt..


Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia




P/S Saya sayang kamuuuuuuuuu ..muahhh muahh muahhh.. :*


Thursday, November 29, 2012

BAHAN & CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

11:24 AM 3
Assalamualaikum wbt..

Durian Crepe 

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe

Isi Durian (Buang Biji)
50g Tepung Gandum
1 Penutup Esen Vanilla..
Pewarna ( Terpulang )
1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
1 Biji Telur
3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
160 ml Air
40 ml Susu Cair
2 Sudu Besar Gula Halus


Cara-Cara Buat Durian Crepe


Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.


Kacau campuran tadi sehingga sebati


Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.


Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.


Masukkan air. Kacau campuran.


Masukkan Butter cair. Kacau campuran.


Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.


Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.

Bahan Inti


Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream. *tapi yang respi ni menggunakan Whip Topping.


Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim


Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap


Kredit sumber dari SINI
Atau kowang search aje 'Durian Crepe' banyak nanti keluar respi dan cara2 tersedia..Tengah hangat dipasaran ni..i likeeeee sangat2..! Cedapppppp...
Taunya makan aje, nak buat, esok2 aje leeee :p



P/S: Nampak mudah senang, cer kowang try buat, pastu hantar ke sini sikit ye..kikikikikiki


PENDAM

10:52 AM 0
PENDAM
Asalamualaikum wbt..


Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta







P/S: Ku pendam sebuah duka...dot dot dot teeeettttttttttttttt....


Wednesday, November 28, 2012

KU AKUI

12:17 AM 1
KU AKUI
Assalamualaikum wbt...


Lirik Lagu Ku Akui – Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Jangan jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku






P/S: Ku akuiiii dan Ku akurr... :)


Monday, November 19, 2012

19.11 : MY BIRTHDAY.

12:21 AM 3
Assalamualaikum wbt..


Dan bila...harini harijadi saya..!!!
36 tahun..ermm dah meningkat setahun lagi..
Syukur alhamdulilah!!!!.....







P/S: Terima kasih pada mereka yang beri ucapan dan juga kiriman hadiah.. Hanya Allah saja dapat membalasnya.. :)


Monday, November 12, 2012

11.11.12: BIRTHDAY + ANNIVERSARY + WEDDING.

7:27 PM 1
11.11.12: BIRTHDAY + ANNIVERSARY + WEDDING.
Assalamualaikum wbt..

Pon ponnn..tumpang laluuu, tumpang laluuu...
Fuuuuuh accummmm! Waduh banyaknya habuk dok lekat kat sini, rasa dh berapa lama tak masuk menaip up entry, hehehe *tuan tanah malasssss!
Ermm ada aku kesah! Nak singgah masuklah, public view ok, taknak ye tak paksa, kalau nak komen, sopan2 sikit, kalau overwrite tuan tanah delete ok!..
Ok entry kali ni entry nak ucap tahniah je pada mereka yang dekat yang Lin kenali, yang mana tarikh 11.11 mereka nyambut besday, yang nyambut ulangtahun perkahwinan dan juga melangsungkan perkahwinan.

Dan bilaaa 11.11 Shaizhar rakan kenalan dari alam siber terus menjadi akrab ke alam realiti. 
Masuk tahun ni ermm berapa ek umur ko Shai? Lupa aku nak kira la he he he..
Hepi besday Shai, moga senantiasa diberkati dilindungi dan diberikan kebahagiaan yang berkekalan..
U sekarang nampak biru laaa :p...
*gambo cilok dr FB dia..hehehe

Dan bilaaa 11.11 itu juga hari ulang tahun perkahwinannya Shaizhar dan Nazuha Waharp (anak tuan tanah Telaga Biru) yang ke 1 tahun..Cepatnya masa berlalu ye, masih segar dan terasa lagi nasi minyak ko kat dewan Kompleks Kastam tu..kikikiki..
Tahniah Shai & N, Moga kalian kekal bahagia hinga ke Jannah...Aamiinnn..


Dan bilaaa 11.11 itu juga aku ke majlis jemputan kawin blogger fofular lagi gah BroFramestone di Parit Raja,Batu Pahat Johor. Janji asal nak sama2 makan semeja dengan Mat Gebu, tapi incik somi ada keje, so lewat sampainya Mat Gebu dah balik. *CMG tu nak balik awal nak gi claytan le tu*hahaha.
Sampai sana Ben Ashaari (terasa kerdil berdiri sebelah ko Ben) dan Lyssa (gadis yg sangat comei) dah sampai dari KL dan dah selesai makan pun, Lin yang perut lapar ni, apalagi ceduk2 kita makan dulu, nak posing2 tu nanti ye, tunggu perut penuh..hehehehe
Sangat cantik, sangat manis sama padan bagai pinang dibelah dua. 
Sis ucapkan selamat pengantin baru moga kekal hingga ke Jannah. Cepat2 le menimang cahaya mata. 
Buat Bro tu, jangan dok jeling2, nanti isteri menjeling..hehehe :p

**Minggu depan ada lagi jemputan, berderet2 sampai ke Krismas..huhuhu





P/S: Baru sehari cuti sekolah tapi dah rasa buhsannn!!!! Huh!...


Thursday, November 01, 2012

READ IT AND THINK!!

3:00 PM 3
Assalamualaikum wbt..


Don't be afraid to show who you really are, because as long as your happy with yourself, no other opinions really matters. 





Forgive but don't forget, or you will be hurt again. Forgiving changes the perspective. Forgetting loses the lesson.





P/S: Sekian, renung2kan dan selamat membaca.. :)


NOVEMBER@SCORPIO

9:44 AM 0
Assalamualaikum wbt..

Hai oh hai! Hey you! Hai hello hai! Hai hai... :p
Rasa macam dah lama sangat tak update blog, jari pun naik kaku terkial2 mau klik mana nak buat post, maklum dan sedia maklum, tuan rumah ni ikut mood kalau nak update. Ntah le sejak2 ni nak update punya le liatnya, tapi still blogwalking sana sini baca entry kengkawan cuma tak komen aje, macam mana nak komen, sebab tak log in,hahahaha 
Pejam celik dah masuk bulan November(11), yeayyyyyyyyyyyy tak lama lagi naik lagi 1 angka, adeiii. Aapa ada pada angka, yang penting hati mau happy nanti yang tua jadi muda maaa. Tapi siyes cakap la, tahun ni memang rasa ketuaan sikit dari sebelum2nya, sebabnya umur lebih dari 35tahun tu dah tua sangat laaaaaaaa, sebelum ni perasan mudaa, hahahahaha
Pada yang lahir dan akan menyambut hari lahir bulan 11 ni, hepi besday 2U..tak kisahlah berapa haribulan yang penting dalam bulan November.. :)
Ada sapa2 yang nak potong kek sama2 kita tak? :p


Aku di usia 36tahun..mulaweiii kena sebut ke itu umur? hahahahahaha
Jutaan terima kasih pada Cik Mat Gebu , kenapa? Biarlah rahasia..





P/S: TQ mr.hubby, kaulah sumber inspirasi kecantikkan ku.. :)


Friday, October 19, 2012

RESEPI DURIAN CREPE

7:10 PM 8
Assalamualaikum wbt...

Tercium2 bau jari jemari ku, sedapnyaaa bau dia, hurmm hurmm hurmm tak cukup sepaket ok! Huhuhuhu..
Konon2nya nak test rasa je, mana tau kang beli banyak2 tak boleh masuk plak dalam molot ni, tapi sekali rasa, dua kali rasa, masuk 3 ketul arghhhh tak leh tahan, makan non stop! Nasib ingat kat anak2..hehehehe
Kowang dah rasa belum Durian Crepe ni? atau Pancake Durian ala2 bantal gitu..hehehe. Cubalaaah, sedappp sangat2..Lin kirim dengan kawan beli, dalam ada 6 ketul harga rm10..kira ok la tu kan.. :)
Bagi yang sapa2 pandai dan rajin membuatnya, perghh makan sepuas2nya laaa kalau buat sendiri, tapi durian susah sikit le mau cari, kena takde musim mahal le harganyaa..kannn? Setakat makan sikit2 tu, Lin order aje leeeeeeee...

Hehehe jangan lihat jari itu, lihat Durian Crepenya..sedapp sangaaaat!..


Ok bagi sapa2 nak resepi dan tunjuk ajar macam mana nak buat Durian Crepe ni, kowang boleh rujuk di SINI , step by step di ajarnya..nampak senang tapi bagi yang kurang rajin macam Lin, nampak susah ajeeeeeeeee ;p hahahahahaha...
Ok setakat ini saja untuk entri 'rajin' harini..kekekeke






P/S: Selasa depan nak order lagi, ada sapa2 nak kirim? :p


Sunday, October 07, 2012

APA ITU 'ARTERIOVENOUS MALFORMATION'?

8:55 AM 2
Assalamualaikum wbt..

Just sharing dan copy & paste dari blog Bersama Mazidul

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.

Klik di sini, jika ingin mengetahui maklumat terperinci berhubung AVM

"Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.



Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini

Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.
Saya yakin kita semua mampu membantu penganalisis jenayah berpengalaman itu untuk terus berpeluang bercakap sehingga ke akhir hayatnya. Jangan biarkan bakat, ilmu dan semangatnya terkubur hanya kerana AVM.

Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

Cerita lanjut sila baca di SINI






P/S: Saya sangat suka cara dia bercakap dan senyum malu simpul mulutnya...Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik untuknya..Aamiinnn


Saturday, September 29, 2012

KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN

8:44 PM 20
Assalamualaikum wbt..

TANPA BAHAN PENGAWET.
 100% DARI BAHAN SEMULAJADI KHASIAT PURE MARINE 

COLLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil rm300) - khasiat sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan) - 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang, ia tahan 3-4 weekstok leh simpan smpai 3 bulan pun boleh sebab da dikeringkan.




KHASIAT COLLAGEN.
• Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
• Membantu merawat gastrik.
• Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
• Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
• Membantu merawat penyakit gout.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Menguatkan tulang dan sendi.
• Meningkatkan sel rawan dan otot.
• Merawat penyakit gaut.
• Mencegah kanser
• Merawat Anemia.
• Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
• Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
• Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
• Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
• Menpercepatkan penyembuhan luka.
• Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
• Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
• Menberi Kekenyangan(diet).
• Melancarkan sistem metabolisme.
• Memulihara usus kecil (sembelit)


BERAT PER PACK : 100GRAM UTK 2-3 MINGGU PENGAMBILAN

CARA MENYEDIAKAN
* KENA RENDAM SEMALAMAN
* BASUH 2-3 KALI BILAS
* REBUS DGN AIR YG BYK ( 2-3 LITER )
* SMPAI MENDIDIH N KELIHATAN SPT JELLY ( AGAR2)
* MASUKKAN DALAM BEKAS KECIK2 ( CADANGAN SAHAJA )
* BILA DAH SEJUK SIMPAN DALAM PETI




MASA YG SESUAI UTK MAKAN
* BANGUN PAGI SEBELUM GOSOK GIGI
* MALAM SEBELUM TIDOR


CARA MAKAN 
* AMBIK 2-3 SUDU BOLEH DI CAMPUR DALAM JUS BUAH (ALA2 NATA D COCO GTU)
* NAK MAKAN MCM TU JE PON BOLEH TAPI RASA LAUT SIKIT


- COLLAGEN NI TAHAN LAMA SBB IA NYA ANTI BACTERIA


-SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?
* IBU MENGANDUNG - KULIT BABY JADI CANTIK
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU - BLH MKAN XDA MSLH...COLLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU






P/S: Lin dalam proses mengamalkan dan juga makan collagen ni.. :)


QALIFF BEN ASHAARI HILANG???

1:19 PM 20
Assalamualaikum wbt...

Haaaaaaaa Qaliff hilang??? Di mana??? Bagaimana??? Macamana??? 
.
.
.
.
.
.
.




Keterangan lanjut dan info di SINI 





P/S: Comei gilerrrrrrrrrrrrr kannn,!..TQ Qaliff, dapat aunty up update blog ;p


Thursday, September 27, 2012

LEGEND.RETRO.NITE.2012 (JOHOR)

9:11 AM 2
Assalamualaikum wbt...

Konsert Legend Retro Night 2012

Pada: Jumaat (ESOK) 28.09.12 di Persada Convention Centre, JB
A special night featuring (Makan malam bersama artis)

Artis: Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Wann, Jatt (bdb), Wahida, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Ibnor Riza dan Abdul Brahman..
Penampilan istimewa : Osbon
Harga ticket hanya rm150 sahaja..


UNtuk keterangan lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi 
Nur ditalian 016-7322757

Jumpa anda di sana!!...TQ






P/S: Bukan orang Johor pun boleh, masih sempat lagi beli dan datang esok..hehehe :)


Tuesday, September 18, 2012

MANA NI..???

9:52 PM 6
Assalamualaikum wbt..

PENANTIAN satu PENYEKSAAN..!







P/S: Ku SETIA menunggu Mu dalam doa Ku... ;(

RENTETAN SEPANJANG SYAWAL.

12:10 PM 2
Assalamualaikum wbt..

MasyaAllah masa cepat betul berlalu, pejam celik rasa pelik dah masuk bulan Haji (Zulkaedah) kan? Sudah tiba masa bakal2 haji bersiap sedia menunggu penerbangan mereka ke tanah suci Mekah, insya'Allah kita semua doakan moga mereka semua selamat pergi dan selamat sampai dan mendapat haji yang mabrur..Aamiinnn..
Dan Lin juga mohon maaf la ye, kalau sepanjang Syawal tu Lin takde update dan jenguk2 blog kowang semua, nan ado pun bila ada time klik2 jenguk blog masak2 je tengok respi untuk menu tetamu yang nak datang, kebizian melanda sepanjang Syawal..;(
So amacam hari raya kowang? Banyak dapat duit raya? Banyak keluar modal raya tahun ni? kekekeke ;p
Tak apa, rezki mereka yang memerlukan dan mudah2an rezki kita akan datang tanpa di duga..kan kan?
Ok laa, malas nak coleteh panjang2 lagi, nak tengok gambo raya tak? Ok2 Lin upload gambo2 raya serba sedikit dan caption pendek aje untuk tatapan kowang semua ye.. :)
Cite dan update lain akan menyusul kemudian...Layannnnn...*mood berombak2 ni..

*Tema tahun ni 'Jingga Penuh Kasih Sayang'..Memang terang cerah dan silau mataaa..hehehehehe
*tema pilihan mr.hubby...

*Paling byk beraya bersama blogger2 ni. Masa ni Lin, Sue Joshua beraya di rumah pencinta kucing iaitu Kasawari.
Menu Pn.Azlinda masak, nasi putih lauk kampung, memang sedappp!

*Dan juga time raya ni musim owang kawin,hehehe termasuklah teman blogger lama ni Dhir Janggut & Fara..
Dulu Dhir ni blogger fofular promote masakan menu Restoran Man Janggut, tukang kejut orang sahur pun ye..hehehehe
Selamat Pengantin Baru DhirFara...

*Rumah utama yg mesti dikunjungi, tak lain tak bukan rumah Mat Gebu.
Chef utama dalam blog/Fb, sapa tak kenal memang ko buta IT le...;p
Ramai gilerrr, tapi kebanyakkannya ramai dari geng Johor, Kak Ct Delima, Ayu CR, Oh Oeya, Gadis Bunga, Mak ET, Kak Yati memories, Sunah, Sue Joshua, Kasawari dan tetamu utama kita Qaliff Ben Ashaari & Family, datang jauh beb! Tq all...

*Haaa tengok tu, meriah kann? Geng yg lain2 dah balik, yang kita ni tak reti2 nak balik, tapi pinggan semua settle ok dah basuh..hahahaha ;p

*Habis beraya dengan blogger, terus bizi beraya dengan Geng Setaman Lin, memang 2 minggu beraya bersama mereka tak cukup perut nak isi, inipun tak cukup forum bergambo, masih ada lagi yang tertinggal, tapi memang the best raya bersama mereka!!!

*Time raya time ni le promosi LegoLand bermula, so tak lepaskan peluang, lepas beraya sana sini, singgah juga ke LegoLand beraya, cuma takde dapat duit raya je..kekekeke
Sapa yang belum beli tiket, cepat2 selagi promosi mash ada..hehehe

*Kalau kat Johor memang tak sah kalau takde Marhaban/Baraan kan? Jadi tahun ni Lin ikut lagi join Marhaban dan pada malam tu sebanyak 5 rumah, rumah Lin yang no 3, jadi hidang apa yang sempat, makan kat rumah no 5..Thankx fren sudi datang..

*Sekali lagi ke jemputan kawin blogger lama, Dhir Janggut, tapi kali ni jumpa plak dengan blogger Kasawari, Aie dan blogger MynurKasih,Kak As Ridhwan yg dulunya duduk kat New Zealand tu..
Jgn tak caya, pusing sana sini, duduk setaman dengan Lin hahahahaha...

*Dan sebagai penutup raya semalam, setelah 18 tahun tidak bertemu mereka (ex SMMB) akhirnya kami semua berjumpa jua dalam plan yang tidak dirancang.
Trima kasih Izam, Juwita dan Indah, kowang memang the vasss dari dulu hingga sekarang, chaiyokkk!!!






P/S: Pada yang sudah bertunang dan berkahwin, selamat bertunang dan selamat pengantin baru, moga kekal ke syurgaaa, Aamiinnnn...


Sunday, August 19, 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

2:11 AM 8
Assalamualaikum wbt...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan . 

Jika ini Syawal yg terakhir.....
Andai sepanjang kita mengenali di sini sambil berborak, bergurau atau tutur kata dan kelakuan yg mengguris hati, MAAFKAN saya dr hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan dan minum sepanjang bersama.
Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna dan kecerian untuk kita semua . Amin...
*jemput dtg beraya ke rumah ye...

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dari ,
Sis Lin sekeluarga...







P/S: Al-Fatihah buat insan tersayang yg tiada...


Thursday, August 02, 2012

BERPUASA SAMBIL DIET!

8:30 AM 11
Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua, anda puasa? saya juga puasa..hehehe *apa punya soklan daaa*
Kalau kata puasa mesti semua akan kata 'kurus le aku'.kan? tapi tak kurus2 juga..hahahaha *sama jugak dengan aku*..;p
Mana nak kurus, sahur bangun makan tak lalu, teguk air makan kurma terus sambung tido, tapi bila time buka, masya'Allah, nafsu mengalahkan peniaga kat bazar ramadhan! *termasuk juga aku* ..kakakakah!
Jadi senang cite, aku nak KURUS wei!, so kena fikir fikir camne nak kurus, takde usaha macam mana nak berjaya, kan kannnnn...tak kesah le cara apa janji cara yang halal dan sihat, tak payah nak control2 makan tu, nak makan apa, amik dan telan!.cuma cara advance aje supaya kurus dalam diam..hehehe
Terbaca pulak yang sekarang ni ramai orang tengah minum susu ALPHA LIPID S2 ni..ermmmm ada sapa2 yang dah cuba? Harga memang mahal woooo, tapi seminggu boleh turun 2-5kg, itu yang menarik tu..
Tapi sebelum apa2 kita baca dulu dan fahamkan dulu tentang Diet Alpha Lipid S2 ni dulu ye..
Yang dah memang kurus tu untunglaaa, so baca diam2 ye!!!


Cara pengambilan sd2 semasa berpuasa... pesanan dari En.Kamarul Nordin... 
Sila baca dan fahamkan ye... 

Sejak kebelakangan ini saya kerap menerima soalan tentang cara-cara mengambil SD2 semasa menjalani puasa disiang hari. Walaupun belum masuk bulan Ramadhan, maka telah ramai memulakan kewajipan berpuasa samada berpuasa sunat, puasa ganti atau puasa Rejab, Syaaban dan terus puasa Ramadhan.

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing. 
Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).

Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebihkurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik yang saya ceritakan sebelum ini.



Berani cuba, berani tanggung, kalau tak kurus juga, memang masaalah mencangkung kot! (tak buang air besar)..





P/S: Harini mau masak ikan caru terutup serai..yummmmmy.