Friday, January 13, 2012

Blog Copy & Paste.

Assalamualaikum wbt...

Semalam sekali lagi dunia blogger digegarkan dengan isu C0PY & PASTE ni, tak habis2 kes ni, kesian kat kawan2, terutama blogger2 chef, yang mana idea dan hasil hak cipta mereka di ceroboh dan di 'curi' oleh orang lain, ntah apa lah yang mereka fikir ye, sebelum nak amik tu, mintak le izin dulu, atau fikir akibatnya, kalau nak buat sebagai bahan rujukan, kira ok le, tapi kasi backlink blog tuan punya tu, ini tak main cilok je, pastu letak pulak bulat2 kat blog sendiri, ececece konon2nya dia punya le tu..siannnn agaknya takde kamera kot dia nak amik gambo...
Weiii ini bukan pasal aku ni 'kepoci' ye buat entry ni, tapi sekadar nak berkongsi je supaya beringat dan berjaga2, walaupun hasil tulisan kita ni tak seberapa, tapi at least kita sebagai blogger punya harga diri ok!. Terpulanglah kat kowang macam mana kowang menilai hasil penulisan kowang, bagi aku itu adalah 'hak cipta' tersendiri, kalau ada aku copy paste pun, aku edit dan tambah kasi ringkas dan padat, cuma gambo banyak le aku search kat google tu, tapi tengok juga la gambo apa nak copy pun, tu pun bagai nak pecah kepala tau cari idea, hurmmm..
Malas nak bebel banyak, nanti cuba kowang check website tu ye, kot2 mana tau gambo kowang pun ada juga. Tapi yang ni memang tak boleh diam, terang2 dalam gambo tu kawan aku Mat Gebu yang punya, kowang klik kat SINI..
Banyak2 sabo ye Mat, tapi rasanya dah banyak kali sabo dah kawan aku nie..huhuhu
*haaaa berani curi gambo aku???? cuba le try, i see u in 'Persatuan Hak Cipta Kelab Blogger Malaysia'! hahahahaaha (ada ke persatuan tu?)...

image search dr en.google.
*Kalau gambo ni agak2 Mak anak mat saleh ni nak saman aku tak? Hahahaaaa..

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (al Ahzab 58)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim) 







P/S: Tu le namanya dugaan dan cobaan dalam dunia blog, tak kena batang hidung sendiri boleh le cakap, cuba dah kena, aku juga dapat rasa tempiasnyaaa...huhuhu


8 comments:

  1. As'salam Lin

    Itulah..manusia ni rambut kata sama hitam tapi hati lain2. Sesetengah orang ni susah nak cakap, dah bagi warning pun masih buat blur2 macam tak ada apa2 jer pada dia..marah jugalah semalam. Tapi hari ni dah cool dah..hihi

    CM balik keja semalam lepas makan ada gak bg tau kat dia. terus CM anto email..ada lah yang kena sembur habis2 tu. K.ct tak sempat nak baca, kata CM..beranilah copy lagi...haaa..mesti kena tenyeh cili padi burung tu dengan CM...hahaha

    ReplyDelete
  2. Ini macam punyer olang XTAU MALU!!

    Wachaaaaa!! Dushhh!! Dushhh!!

    ReplyDelete
  3. CT Delima: Wasalam kak, ooo banyak sungguh gambar2 chef blogger yg diamik ye, ishh apa la motifnya, kot ye pun nak bt rujukan, bgtau la atau bt hint kat blog dia, ini nampak sangat c&p tu..huhuhu

    Haaa rasakan, klu CM dah amik tindakan, tau la dia takut, tapi klu tak reti bahasa juga, x tau la kan...ingat idea ni main senang2 dtg je kan..huhuhu

    Dugaan dunia blogger...

    ReplyDelete
  4. Oh Oeya: Dia apa nak malu, muka tak nampak Oya, tapi at least hargailah hak milik orang, cuba kena kat dia, mau melenting juga kot...huhuhu

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kalo amik gambo org lain kena letak kredit kat situ..jgn main cilok2 jer.. hehe betul kan.. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Kasawari: Yup, betul tu, lain le gambo dr google, tu pun kena ltk juga mana amik dan search..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Retna: A'ah dah remove dah, byk giler ko gambo chef blogger dlm blog dia..huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..