Petua 8P dalam rumah tangga.

1/03/2012 08:00:00 PM

Assalamualaikum wbt..

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.



1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.





P/S: Yang baik kita amalkan, yang tak elok kita hindarkan, moga kerukunan rumahtangga kita aman damai hingga ke syurga..aminnnn

 

7 Comments

  1. huhu...trus rasa nak kawen camni hehe...smoga berbahgia smpai akhir hayat sis n hubby

    ReplyDelete
  2. huhu...trus rasa nak kawen camni hehe...smoga berbahgia smpai akhir hayat sis n hubby

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH, terima kasih sis bagi tips ni.

    ReplyDelete
  4. ImHepie: Opsss ada jodoh tak kemana la tu..
    Thanka ya Im... :)

    ReplyDelete
  5. Cha: Alhamdulilahh...insya'allah sama2 kita praktikkan...
    Sama2 Cha..

    ReplyDelete
  6. Neeny: Alhamdulilah..terima kasih ye NeeNy...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com