Tahun Naga Air'12: Happy Chinese New Year.

Assalamualaikum wbt..

*autoupdate*
Tahun ini ialah Tahun Naga Air iaitu haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina dan akan lahir pada 23 Januari. Naga itu merupakan lambang tersohor dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan.
Masyarakat Cina percaya, tahun baharu ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga.
Individu yang dilahirkan pada Tahun Naga dipercayai akan mempunyai ciri-ciri positif, keusahawanan, artistik, inovatif, berkuasa, bertuah, bersemangat, intuitif, dan sifat negatifnya ialah angkuh dan cepat marah.
#Lin tahun 76, so lahir pada tahun naga, ermm patut le garangg semacam je hahahaaa


*Gambar raya cina tahun lepas @Seremban 3.

Untuk tahun ni, dikesempatan ini Lin ingin mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' buat mak cik & pak cik Lin, Wong Kai Lai, Wong Swee mei, Wong Kian Boon, yang meraikan chinese new year. 
Moga tahun ini membawa 'ong' buat kalian semua...Jumpa nanti ye..
*Sediakan angpau lebih2 sikit..hehehehe

Selamat bercuti juga buat semua, terutama adik2 yang bersekolah, cuti seminggu tapi buku jangan tutup aaaaaa..Yang bercuti tu, hati2 memandu ye, amalkan sikap sopan di jalan raya..anda pasti selamat






P/S: Tuan rumah akan bercuti harini hingga ke hari Selasa..dipanjangkan umur kita jumpa nanti ye..


6 comments:

  1. selamat bercoti awak....
    hati-hati jalan raya..
    ingat daku dalam kepala hotak mu

    hahahhaa ;p

    ReplyDelete
  2. Retna: Hehehe kita cuti seminggu lalalala

    *awak dh mula keje ye hrni? hehhee :)

    ReplyDelete
  3. As'salam Lin

    Wahhh..tahun ni banyak keluar ampau atau dapat ampau..hahaha

    yalah tahun ni tahun kelahiran Daniel..tahun naga. Tapi okeylah tak panas sangatkan, ada juga hujan. rasa sejuk sikit bumi. Tapi kalau panas tu naik ruam semua celah2 nanti..hehehe. Ni kalau Mat baca kompom dia gelak sakan ni Lin..hehehe

    ReplyDelete
  4. Ct Delima: Wasalam kak Ct..ye kak tahun ni kat dalam rumah ni Lin dgn Amat thn naga..kdg2 tu panas juga hahahahaha..

    Apa susah klu panas minum aje coolblog..kekekekke

    Angpow byk le dapat tp mak dia tgk aje leeeee :(

    ReplyDelete
  5. owh... tahun sis lin rupanya... sis, jgan garang2 sngat tau, nanti cepat tua... jangan juga pakai baju2 warna garang, nanti terpengaruh.. heheheheh

    ReplyDelete
  6. Semut Senyum: Ye dear, sis dgn anak bujang sis thn naga, sama2 panas tapi boleh ngam ke sana sini..hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..