Tuesday, February 21, 2012

Sinar Cahaya Ayat Kursi.

Assalamualaikum wbt..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI 
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Image dari en.google.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

*kredit info dr Tok Wan.






P/S: "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"


6 comments:

  1. kalau kak nak tau, sepanjang hidup ayu.. mmg qursi diamalkan..
    ingat lagi.. masa jatuh bangunnya kehidupan ayu time en zalie diduga

    b#b# melintas, syukur.. ayu tak terkena, masa tu area jalan seelong.. syukur.. kalau ayu laju,, entahlah.. agak2 ayu dh inallilah

    satu lagi, masa ayu hadapi banjir..
    kereta orang lain dh hanyut.. alhamudllilah.. tak putus2 hati ini baca qursi.. syukur.. sampai juga ke rumah dengan selamat..

    ReplyDelete
  2. ayat al-kursi ni antara ayat-ayat hafazan yg paling awal diajarkan disekolah dulu... insyaallah, umat islam di malaysia ni, mudah2an kenal dan hafal ayat al-kursi... amalkan selalu... insyaallah....

    ReplyDelete
  3. As salam Lin..
    Besar sungguh 'hadiah' mengamalkannya.. Allah hu akhbar

    ReplyDelete
  4. CR Ayu: Betul tu Ayu, byk keistimewaan dan kelebihan mengamalkan ayat kursi ni, cuma kita aja kadang kala leka dgn dunia..huhuhu

    Alhamdulilah Ayu selamat dan sihat juga maju berjaya skrg..semuanya berkat drNya..aamiinn..

    ReplyDelete
  5. Sam Banjamin: Ye..anak2 harus tau ayat kursi ni dr sekolah tabika atau umur serendah lagi, sbbnya byk kelebihan jika kita menghafal dan amati tafsir dlm ayat kursi tuy..Insya'allah kita akan dpt manfaat jika diamalkan..aamiinn...

    ReplyDelete
  6. Oh Oeya: Wasalam Oya...Sama2 kita amalkan ye Oya... :)

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com