‘Abah tak pening ke ada dua isteri?’

Assalamualaikum wbt..

*Dialog ‘Abah tak pening ada dua isteri?’ antara Abah dan Anak yg berusia 5thn.. 
*bagus betul si anak tu! 

image search dr en.google.


“Abah, apa pasal orang lain hanya ada satu isteri tapi abah ada dua?”.

Dalam keadaan si abah masih terkulat-kulat mencari jawapan, datang pula soalan nombor dua: “Abah tak pening ke, balik sana, balik sini? Kejap sana, kejap sini.

“Tengok uncle rumah sebelah tu, tiap-tiap hari balik satu rumah je… rilek je dia, tak macam abah. Abah ni… kakak yang tengok pun pening.” 

Pantang hero menyerah kalah. Biar jatuh terlentang, misai jangan kena tanah!

“Kakak, inilah yang dikatakan jodoh. Jodoh ini takdir yang TUHAN dah tentukan. Kita tak boleh nak elak. TUHAN sudah tulis abah ada dua isteri, kena ada dua isterilah,” jawab si abah, macho habis.

“Ye ke macam tu, bah? TUHAN sudah tulis erkk? Kalau sudah tulis, tak boleh padam, tak boleh guna eraser?”

“Ye sayang, tak boleh. Itulah takdir namanya,” jelas si abah.

“Tapi kan, bah… kakak nanti, kalau sudah besar, tak nak la macam tu. Tak nak la ada suami macam abah, kejap sana, kejap sini!”

Terus terkedu si abah mendengar kata-kata anaknya yang baru beberapa hari masuk tadika itu.







P/S: Berani sungguh anaknya itu..tapi kata2 yang terkeluar dari mulut anak adalah ikhlas dan dari lubuk hati yang mendalam, so Abahnya (diluar sana), renung2kan dan selamat beramal..


6 comments:

  1. amboi, semuanya abah nak salahkan takdir ya...

    ReplyDelete
  2. Blogwalking here...

    cik iena follow your blog..
    follow my blog juga ye(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  3. hai :)
    baru jap tadi saya tulis ttg hal ni.bukan kisah yg sama tapi lebih pd kisah anak2 zaman sekarang,soklannya tak tercapai dek akal

    ReplyDelete
  4. Sari Yusa: Biasa le mana ada owang lelaki yg nak mengalah..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Iena: Thankx dear...Nanti sis blog visit ok..sori lambat, bz sikit 2-3 hari ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Irfa: Hehehe klu nk cite mmg tak masuk akal dn tak tercapai dek akal..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..