Tuesday, April 17, 2012

BattleShip 2012 'Terbaekkkk'..

Assalamualaikum wbt..

Filem Battleship ini diapdatasikan daripada permainan board Hasbro iaitu Battleship sendiri. Ia diarahkan oleh Peter Berg, yang telah menghasilkan filem Hancock. Yang menariknya, nama Malaysia disebut dalam filem ini kerana mempunyai tentera laut setanding US dan Jepun. Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Liam Nesson dan juga Rihanna.

Bila baca sinopsis kawan2 yang dah tengok, jadinya hati berkobar2 nak masuk panggung nak tengok, mengalahkan budak..hehehe, so Lin bawak anak Lin,Amat dan juga bestfren dia pergi menontonnya kelmarin sempena sehari sebelum hari jadi anak Lin tu, dia memang suka cite2 macam ni..layaaaan..



Sinopsis Filem Battleship 
Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).

Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.

Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

*4 bintang Lin berikan untuk filem ini.. :)





P/S: Memang best! Sampaikan malam terbawa2 mimpi naik kapal perang hahahaha *lawak le der.. ;p


5 comments:

  1. Betul ke best lin? Kena tengok nanti ni...tapi...akak sbnrnya kurang suka citer2 gini.

    ReplyDelete
  2. Mama Lin... kita bespren Amat gak.. nak tengok sama boleh.. ngeee ;-)

    Lama tak tengok wayang.. heheh

    ReplyDelete
  3. Mama Lin... kita bespren Amat gak.. nak tengok sama boleh.. ngeee ;-)

    Lama tak tengok wayang.. heheh

    ReplyDelete
  4. Zana: Yee mmg best ! Saya yg ibunya ni pun turut sama layannn,hehehehe..

    Kalau anak2 suka filem aksi animasi robotik mcm ni, mmg sesuwai bwk tgk panggung sbb sound speaker mmg best! beza tgk kat CD..

    ReplyDelete
  5. Oh Oeya: Kekekeke awak kwn baiknya darjah berapa ye? ;p

    Oya, mai le sesekali kita ngeteh bwk anak2.. :)

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com