Wednesday, May 30, 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012

1:26 AM 2
TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012
Assalamualaikum wbt...

Tempahan Cookies Raya telah bermula...!
Mulai sekarang dan sample biskut juga masih ada stok. 
Pada sesiapa yang berminat nak jadi agen, boleh booking sekarang.. 
Harga bagi "Sampel Kit" adalah RM 120 bagi 10 jenis biskut.. ..


Sample cookies seawal Jun 2012..nantikan...Antaranya :-
1. Arab Cookies
2. Cereal Blend
3. Choco Sugee
4. Mocca Swirl
5. Snow Almond
6. Red Pearl
7. Nutty Berry
8. Strawberry Finger
9. German Cookies
10. Almond Choc Chips 

Tarikh tutup order adalah pada 15 Julai 2012. 

Bagi yang berminat nak order kek & cookies raya nie.. bolehlah order melalui email
- ummieyna@yahoo.com atau sweetummibakery@yahoo.com 

atau layari laman blog Sweet Ummi Bakery






P/S: Saya tolong prmote jeeeer..hehehehe


Monday, May 28, 2012

ISKANDAR(10 BULAN) KRITIKAL..!

5:05 PM 3
Assalamualaikum wbt..

Lin baru sampai dari Kuala Lumpur dan sambil kemas2 barang sambil duduk menjenguk blog dan FB walaupun badan terasa amat letih memandu, tapi hati sayu bila terbaca kisah adik Iskandar yang sekarang dalam keadaan kritikal menurut Mazidul yang menerima sms dari ibu adik Iskandar..

Coretan copy & paste dari blog Mazidul..
Saya baru sahaja membaca pesanan ringkas dihantar oleh ibu Iskandar Syalizan, 10 bulan, kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA Johor Bahru, Johor akibat sakit paru paru dan jangkitan virus.
Usaha kedua ibu bapa Iskandar supaya anak mereka dirawat oleh pakar paru paru di Jabatan Kardiotorasik, HSA dan Hospital Kuala Lumpur setakat ini dilaporkan gagal dilaksanakan.
Berikut entri saya nukilkan berhubung Iskandar sebelum ini.






Berikut pesanan ringkas saya terima sebentar tadi dari ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.
'Keadaan Iskandar semakin kritikal sejak jam 7 pagi tadi. Seluruh badan dia bengkak sebab dipenuhi karbon dioksida. Tolong sebarkan berita ini supaya lebih ramai dapat mendoakan Iskandar kuat mengharungi keadaan ini'


Sila like halaman 'Save Iskandar. Save Our Son', klik di sini.


HEBAHKAN..!





P/S: Semoga Allah selamatkan dan lindungi adik Iskandar dan pulihkannya dan berikan kesihatan seperti biasa untuk meneruskan kehidupan seperti anak2 kami..Aaminnnn..


Saturday, May 26, 2012

HSAJB ADALAH HOSPITAL SARKAS?

5:19 PM 0
Assalamualaikum wbt..

Saya: No komen tentang tajuk diatas, sebabnya dah banyak dengar cerita dan tau sangat perkhidmatan dan layanan dari HSA ini. Rata2 pesakit rawatan luar mahupun yang dirawat di wad biasa atau di ICU akan hadapi masaalah dan layanan juga rawatan susulan yang pasti tidak akan memuashatikan semua pesakit ataupun waris pesakit..
Tak percaya? tapi itulah hakikatnya, yang tau dan yang dah rasa ahli keluarga yang dah dirawat disitu dari hayat hingga tiada hayat seperti Lin saja yang tau..sekian...

Selebihnya kalau kowang nak komen dan agak rasa keliru dengan tajuk itu, kowang baca pengalaman dan situasi IBU yang dah merasainya keadaan layanan di HSA ini..





Ya Allah! Selamatkan anak ini dan berikan dia peluang untuk hidup seperti anak kami.

**Kalau kowang rasa mampu, belilah insuran dan buat rawatan dengan PAKAR..Lebih yakin dan berpuashati..sekian..








P/S: Tapi kita 1 MALAYSIA..!..


Wednesday, May 23, 2012

JOM SHOPPING! SisLinCollections

11:22 AM 2
JOM SHOPPING! SisLinCollections
Assalamualikum wbt..

Anda suka shopping? Saya juga..Joooomm LIKE dan shopping...
Cepat selagi stok masih ada..



Klik LIKE:  SisLinCollections 






P/S: Alhamdulilah...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...


Saturday, May 19, 2012

KATA MOTIVASI DIRI SENDIRI

4:16 PM 1
KATA MOTIVASI DIRI SENDIRI
Assalamualaikum wbt...

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata2 perangsang sesekali, memang bertambah2 la malasnya. Hehehe..

image search dari en.google.


Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.


1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan..

*Moga memberi manfaat..
'Orang yang cerdik tidak semestinya pandai, kalau dia tidak mahu belajar'.-DAO






P/S: Huhuhu harini pecah rekod menurun tangga sebanyak 25 anak tangga..phewwww sampai gigil kepala lutut huhuhu


Friday, May 18, 2012

BELI 'BINI', JUAL 'BANGLA'.

8:00 PM 3
Assalamualaikum wbt..

Hahahaha memang lawak betul tau! kalau kowang tengok baca pun kowang leh gelak gak kan..
So tak payah banyak komen, kita gelak aje ye, tapi tutup mulut yeee ;p


Yang ni Lin copy paste dari SINI


Dan yang ini, Lin copy paste dari SINI

Haii dunia macam-macam hal laaaaa...kekekeke oh! ada lagi ke yang nak jual nak beli..? sila sila sila.. ;p






P/S: Oooo nak beli baju raya laaaaaaaaa... lalalalala


YAKIN DIRI SEBAGAI SURIRUMAH

3:10 PM 0
Assalamualaikum wbt..

Menjadi suri rumah bermakna Anda kena bersedia menjadi seorang yang amat sibuk.
Anda perlu menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan bebanan tugas menjadi seorang suri rumah. Bukan untuk setahun dua, mungkin untuk belasan tahun yang akan datang.



Jika Anda seorang suri rumah yang keliru atau kurang konpiden, berikut adalah 3 tips asas untuk membina rasa yakin diri:

1. Elak merasa tertekan dengan lama ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tak pernah habis tu. 
-Jalankan, lakukan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika Anda selalu merasa ragu-ragu Anda boleh buat ke tidak, ok ke tidak, takut suami ok ke tidak, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.

2. Minta suami menegur Anda untuk memperbaiki diri kualiti diri Anda.
-Dia akan nampak kekurangan-kekurangan diri Anda yang Anda tak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain selain kita amat perlu. Bila dah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan.

-Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan Anda. Terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. BIla Anda berubah, suami nampak perubahan tu, dia akan hepi. Bila dia dah hepi, Anda akan hepi sama. Kesannya, rasa yakin diri Anda mulai timbul lalu semakin menambah sedikit demi sedikit.

3. Berkawan dengan suri rumah lain.
-Kawan bukan sebarang kawan. Pilih suri rumah yang Anda lihat positif sikapnya, percakapannya dan perbuatannya. Dekati dia sebab dengan itu Anda juga akan terjangkit sinar kepositifan yang dipancarkan olehnya. Dengan sikap positif, kita boleh hilangkan keraguan, kesangsian, rasa kurang konpiden dan sikap takut-takut, iaitu takut dikritik.


Apa akan jadi apabila seorang suri rumah rasa kurang yakin dengan dirinya?
Berikut adalah 6 masalah besar yang mungkin terjadi:

a/. Suami hilang selera nak berbinikan Anda.
b/. Anda bercelaru, bermasalah dalam mengurus diri, mengurus anak-anak, mengurus suami.
c/. Asyik melakukan kesilapan dan tidak pernah belajar untuk mengatasi kesilapan, bila ditegur Anda terus jadi ‘down’.
d/. Anda tertekan, membuat Anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali. Tetiba malas dan hilang kegembiraan.
e/. Suami asyik mencemuh sikap Anda kerana bosan dengan ketidakyakinan Anda. Mungkin dia akan jarang balik ke rumah.
f/. Suami memilih untuk berpisah dengan Anda.


Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa yakin diri.






P/S: Dua tiga harini mood down..banyak status(fb & twitter) dan entry blog telah mempengaruhi minda ku ini..huhuhu


Sunday, May 13, 2012

HAVAL H5 & WINGLE 5: GREEN ORENGES.

4:00 PM 30
Assalamualaikum wbt..

"Haval telah berjaya mencatatkan pencapaian terbaik dalam Dakar Rally tahun ini di kedudukan ke-6. Kenderaan dipandu 9,000 kilometer tanpa henti di 3 negara, selama 14 hari sekaligus tahap kelasakan kenderaan itu teruji," celah Pengurus Jualan dan Pemasaran GOSSB, Zulnawarin Abdul Samad. 

GOSSB, syarikat milik penuh bumiputera dan dilantik sebagai pengedar eksklusif 2 kenderaan keluaran GWM, Haval H5 dan Wingle 5.
Wingle 5 menggunakan enjin turbo 2.5 liter disel berharga di antara RM60,000 dan RM70,000 sahaja. 
"Harga Haval dan Wingle kami pasarkan oleh 25 wakil penjual, 20% lebih murah berbanding kenderaan sekelas keduanya. Untuk Wingle, jaminan 5 tahun produk, penyelengaraan dan bantuan kerosakan percuma diberikan atau jarak pemanduan 100,000 kilometer, mana terdahulu," kata Azli yakin. 
Manakala Haval H5, kenderaan SUV berenjin 2 liter turbo kini berada di pasaran dengan harga RM120,000.


Kepada pembaca berminat untuk memiliki Haval H5 dan Wingle 5, sila berhubung dengan Zulnawarin di talian 019 271 5610.
Untuk mendapatkan informasi tambahan, sila layari greenoranges.com.my
"Nanti Mazidul tolong maklumkan kepada pembaca, kalau mereka ingin memandu uji Haval dan Wingle, boleh hubungi saya," ujar Zulnawarin.

Kepada mereka membuat pesanan setelah membaca blog ini dan kemudian membeli kenderaan dipasarkan, dapatkan topi percuma Green Oranges.
Maklumkan kepada Zulnawarin, anda membaca maklumat berhubung Haval H5 dan Wingle 5 di blog..




P/S: Betul kata Mazidul tu, semua buatan China bukannya tak bagus, tapi tengok pada produk, dan setakat ni Lin pakai Cherry Easter buatan China tapi enjin Mitshubishi, so far so good! Alhamdulilah...


NUMBER ONE FOR ME

11:53 AM 0
NUMBER ONE FOR ME
Assalamualaikum wbt..

'SELAMAT HARI IBU' buat Mak, Puan Rosnah Bt Abdullah & MIL, Pn.Hjh Mariam Mohammad dan buat semua IBU-IBU di serata dunia..'HAPPY MOTHER'S DAY'...
'You know you are the number one for me'

image search dr en.google


Lagu: Number One For Me.
Penyanyi: Maher Zain..

..........
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

TQ buat anak2 Mak untuk hadiah 'hari ibu' yang sangat istimewa tahun nie, klik SINI






P/S: Hari Ibu makan Mee Hoon saja..lalalalala ;p


Saturday, May 12, 2012

DULU, KINI dan SELAMANYA

12:26 PM 2
DULU, KINI dan SELAMANYA
Assalamualaikum wbt...

Warna kegemaran saya selain PURPLE adalah MERAH. Dan darah yang mengalir dalam diri saya warnanya adalah MERAH. Bunga kebangsaan rakyat Malaysia juga warnanya MERAH
Bendera Malaysia juga jalurnya warna MERAH. Tanda keamanan lalu lintas pada lampu isyarat diam berhenti memberi laluan pada kenderaan lain juga warnanya MERAH. Dan warna aura orang yang berani, gagah perkasa juga warna MERAH.



MERAH ke warna PURPLE ke, kita 1 Malaysia maaaaaaa ;p
Gambar dan kisah MERAH di SINI





P/S: Hurmm kalau lepas entry ni ada pihak yang tak suka sebab cite MERAH ni, takpe saya faham, dalam entry ni pun saya tak kata apa2 punnnnn...kan kannnn.?


Friday, May 11, 2012

BERSAMA MAZIDUL: M3-GREEN ORANGES!

4:00 PM 0
Assalamualaikum wbt..

Nantikan kemunculan kenderaan ini di Majalah 3, paparan 12 Mei 2012, jam 9 malam, pastinya di TV3 bersama Green Oranges! 


*dok mikir gak ni, apa istimewanya kenderaan ni..ermmm 'Green Oranges'.? apa yang hijau apa yang oren ek? kalau nampak kenderaan tu color coklat kelabu asap je..ermmm ishhh feninggg feningggg.
Takpe kita tunggu aje le esok ye, sorokkan remote control tu cepat2 sebelum anak2 rampas, goreng cekodok ke dengan milo0 panas, pakat duk ramai2 duduk depan tv jam 9pm, perghhh silap2 kang belum 'Green Oranges'  keluar, tv nengok kita..kekekeke..







P/S: Tiap2 Sabtu malam jam 9-12pm (Majalah-3/Cerekarama) adalah waktu Lin duduk depan tv, anak2 memang dah tau, dah bagi warning awal2..hehehe ;p



HARI-HARI 'HARI IBU'..

2:32 PM 2
Assalamualaikum wbt..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".... Al-Ahqaaf : 15



*Hadiah dari Naz yang dibeli dari duit gajinya kali ke-2 dengan titik peluhnya..
Katanya: 'selalu Mak belikan kakak kasut, kali ni kakak belikan untuk Mak'..
Mak sangat2 terharu..Terima kasih Kakak.. ;((


*Hadiah dari Yana dari duit undinya(duit kutu) yang dia main kat sek, jumlahnya tak banyak tapi dia sanggup kepilkan sedikit untuk beli hadiah hari ibu...
Katanya: 'tapi hadiah Adik tak mahal macam kakak punya'..
Syukur alhamdulilah sangat...Mak sayang Adik... ;((

Bagi aku, hari hari adalah hari ibu, hari hari kita boleh peluk ibu, cium ibu, sayang ibu, dan juga ucap terima kasih kat ibu..tapi kenapa kita sukar nak melakukannya? 
Jawabannya mudah saja...'LUPA'...






P/S: Makkkkkkkkkkkkkk!... ;((


Wednesday, May 09, 2012

JADUAL PUASA WAJIB/SUNAT TAHUN 2012

12:27 AM 2
JADUAL PUASA WAJIB/SUNAT TAHUN 2012
Assalamualaikum wbt..

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. 
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

*klik pada gambar untuk 'tumbesaran' gambar..hehehe


Merujuk kepada tarikh di kalendar Malaysia. 
Sebarang kesilapan, email ke: nadhrn@facebook.com

Untuk View (PDF)

Untuk Download (PDF): 

Juga boleh dilihat dari:






P/S: Pejam pelik pejam pelik, lagi 2 bulan aje nak masuk Ramadhan kan..ermmmm


Monday, May 07, 2012

SIHAT SEPANJANG HAYAT

6:08 PM 1
SIHAT SEPANJANG HAYAT
Assalamualaikum wbt..

'Seminat Sihat Sepanjang Hayat Bersama Prof Dato'Dr Noordin Idrus'
Tarikh: Ahad, 5.5.2012
Jam: 2pm - 5pm.
Tempat: Di The Zon,JB.

'Apabila air menjadi penawar, ramai yang tidak percaya, hakikatnya...
....dan dari air, Kami jadikan sesuatu yang hidup'... 
(Al-Anbiya’ : 30)




Kami berempat Sarah, Midah dan Lin juga suami Midah..Dr satu seminar ke satu seminar, walaupun terkejar2 dan letih tapi kami puas!!! 
Terima kasih buat semua..


Rx-Water was discovered by Dr. Noordin Darus, a medical doctor, a renowned wellness guru and water therapy specialist, when he was struck by blood cancer or lymphoma and can only live for few more months. As he underwent severe suffering due to the side effects from the treatment and medication, he felt inspired by god to use water as a solution. Water from this special filtration system helped him to recover from the cancer within few months only. Feeling responsible to share this breakthrough the others, he worked to propagate The Aura Healing Rx-Water therapy.
Most of health problems can be overcome by healthy lifestyle such as exercising, dieting, avoiding stress, sufficient rest and many more.
But, how many of us that really cares about their lifestyle? And how many of us that falls sick caused from wealth.

Ingin tau lebih lanjut mengenainya, klik dan baca di SINI juga di SINI






P/S: "Jika sihat itu mahal, cubalah sakit." - Dr. Noordin


ANDA WANITA PERSONA WANITA POWER!

10:47 AM 2
Assalamualaikum wbt..

ANDA MEMANG SANGAT HEBAT! PASTI KAYA DAN BERJAYA MILIK ANDA... 
Tarikh: 5.5.2012
Tempat: Hotel Selesa,Johor Bahru.

Rahsia personality anggun menawan - Persona Wanita Power :
-Senyum itu kunci kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan keberkatan..
-Senyummmmm.... Tak perlu kata apa-apa.. 
-Love to add value to others!
-The more we give the more we get back.



Kami berempat 'For Things To Change, I Must Change First'
Thankx Zafinah(kiri sekali) yang telah bawa kami bertiga ikuti seminar Dr.Azizan ini, segala ilmu dan kata2 motivasi yang kami dapat, akan kami jadikan bekalan positif dalam diri..Insya'allah.

Klik SINI untuk lihat gambar sepenuhnya sewaktu seminar berlangsung.


Tak kenal maka tak cinta..

Like HERE
Klik SINI dan SINI







P/S: My mother always told me, if you can't say anything nice, don't say anything at all..


Sunday, May 06, 2012

"SAYA PEMBACA BLOG MAZIDUL"

7:10 PM 1
Assalamualaikum wbt...

Usah lupa, jika menghubungi Hafiz, selepas memberikan salam, maklumkan kepada graduan Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu ...



Siapa Wan Ahmad Wan Omar?...


"Untuk HF Flexi Truck Mobile Hawking Complete Set berharga RM49,900 (on the road), kami lengkapkan antaranya dengan generator, tong gas, mesin pengira wang, dua meja dan lapan kerusi untuk pelanggan duduk. Itu standard dan kenderaan ini memang sesuai digunakan oleh peniaga di pasar malam atau di tepi jalan,"..

Berminat untuk dapatkan kenderaan ini...?
Ingin ketahui lebih lanjut, jom baca di sini






P/S: Jutaan terima kasih kepada Mazidul kerana jadikan blog Lin sebagai blog list 'Blog Saya Baca' di laman blog beliau. STMI.


AHAD 13 MEI: 'HARI IBU 2012'..

12:09 PM 1
Assalamualaikum wbt..

Ibuu ibuuu, engkaulah ratu hatiku...
‎"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan dia memberikanmu pendengaran, penglihatan dan hati nurani (akal fikiran) agar kamu bersyukur." 
-Surah al-Nahl 16:78. 
#Majalah Solusi isu-43: Subur dengan Syukur 

image search dari en.google.


Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut:

13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2012 di Indonesia

Lanjut di sini.





P/S: Hurmmm nak beli hadiah ye nanti...ermmmmm


Friday, May 04, 2012

JENAZAH BOB KUMAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

3:12 PM 2
JENAZAH BOB KUMAN SELAMAT DIKEBUMIKAN
Assalamualaikum wbt..

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:
'Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." Aamiinnnn.

Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.



SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam. 
Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. 

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam tadi.
Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. 

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. 
"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya. 

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. 
"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA





P/S: Al-Fatihah..


SAAT TERAKHIR BOB KUMAN

12:26 AM 3
Assalamualaikum wbt..


"Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati saya jual seperti topi dan baju di blog, " pintanya kepada saya sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.
Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini. 

Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.
"Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan. Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda musibah," balas saya.
Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar manusia. sesaat bakal hilang segalanya tanpa mengira bangsa dan kedudukan.


Ikuti kisah selanjutnya Bersama Mazidul






P/S: Al-Fatihah...


Thursday, May 03, 2012

LAPORAN LENGKAP KEMATIAN BOB KUMAN

8:15 PM 0
Assalamualaikum wbt...

TERKINI....:
Jenazah Husni Mohd Rawi, 41 tahun, kini berada di Masjid Kota Damansara dan akan dibawa ke Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas Maghrib.
Beberapa rakan artis arwah, Adlin Aman Ramli, Harun Salim Bachik, Amy Searc dan Aqasha hadir menziarahi jenazah di rumah.
Ikuti laporan saat arwah sebelum disahkan meninggal dunia.




Semua gambar eksklusif akan dipaparkan di blog Bersama Mazidul








P/S: Allahuakbar, masih tidak percaya akan kepergiaannya..Al-Fatihah...


BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA..

5:11 PM 1
BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA..
Assalamualaikum wbt..

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.
Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.
Jenazah masih berada di rumahnya di Kota Damansara. 



Nantikan info terkini dari blog Mazidul Akmal 





P/S: Al-Fatihah...dan salam takziah buat ahli kelaurga arwahyarham..
Moga rohnya dicucuri rahmat olehNya, dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Aaminnn





Tuesday, May 01, 2012

Kepada yg masih SINGLE...

7:09 PM 3
Kepada yg masih SINGLE...
Assalamualaikum wbt...

'Antara mereka, dimanakah aku'.
Jangan jadi bunga, yang hanya mekar kembang dan mewangi untuk sementara sekadar untuk mengindahkan taman, tapi jadilah akar yang senantiasa hidup biarpun tak nampak tapi subur didalamnya...

Image copy dari SINI.


Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yg layak menerima.

Kepada yang ragu2 dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jagan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar2 peduli. Jagan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar2 ada. Jagan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 degannya. Jagan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jagan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jagan tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah unuk terluka dan menderita, tetapi jagan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dgn mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tapi banyak ranjau onak berduri di dalamnya.....Jadi berhati2lah apabila ingin menerima cinta dan mencari cinta..

*kredit info dari SINI






P/S: I'm Married..


Hari Pekerja Tapi Kerja..!

2:37 PM 3
Assalamualaikum wbt..

Hari 1 Mei Hari Buruh@Pekerja..? Ooo so harini semua orang cuti dari buat kerja? Errrrrmmm..
Aku tak pernahnya sambut hari pekerja dan tak pernahnya tau ada hari pekerja ni, tengok kalendar baru tau..huhuhu..
Sebabnya aku surirumah, tiap masa dan detik senantiasa bekerja, tutup mata time tido je yang berhenti dari buat kerja, memang le tanggungjawab dan memang le takde masuk dalam itu hari pekerja untuk surirumah, sekeurang2nya 'kerja' juga namanya kannnnnnnnn!
Ermm fikir2kan renung2kan dan selamat beramal... ;p

*image search dr en.google.


'Selamat Hari Buruh@Pekerja'
'Happy Labour Day'
'श्रम दिन मुबारक'
'勞動節快樂'
'العمل يوم سعيد'
'幸せな労働者の日'
'இனிய தொழிலாளர் நாள்'
'Maligayang Araw ng Paggawa'





P/S: Mr.hubby saya kerja 7 hari seminggu...hurmmmmmm ;(