ISKANDAR(10 BULAN) KRITIKAL..!

5/28/2012 05:05:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Lin baru sampai dari Kuala Lumpur dan sambil kemas2 barang sambil duduk menjenguk blog dan FB walaupun badan terasa amat letih memandu, tapi hati sayu bila terbaca kisah adik Iskandar yang sekarang dalam keadaan kritikal menurut Mazidul yang menerima sms dari ibu adik Iskandar..

Coretan copy & paste dari blog Mazidul..
Saya baru sahaja membaca pesanan ringkas dihantar oleh ibu Iskandar Syalizan, 10 bulan, kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA Johor Bahru, Johor akibat sakit paru paru dan jangkitan virus.
Usaha kedua ibu bapa Iskandar supaya anak mereka dirawat oleh pakar paru paru di Jabatan Kardiotorasik, HSA dan Hospital Kuala Lumpur setakat ini dilaporkan gagal dilaksanakan.
Berikut entri saya nukilkan berhubung Iskandar sebelum ini.






Berikut pesanan ringkas saya terima sebentar tadi dari ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.
'Keadaan Iskandar semakin kritikal sejak jam 7 pagi tadi. Seluruh badan dia bengkak sebab dipenuhi karbon dioksida. Tolong sebarkan berita ini supaya lebih ramai dapat mendoakan Iskandar kuat mengharungi keadaan ini'


Sila like halaman 'Save Iskandar. Save Our Son', klik di sini.


HEBAHKAN..!





P/S: Semoga Allah selamatkan dan lindungi adik Iskandar dan pulihkannya dan berikan kesihatan seperti biasa untuk meneruskan kehidupan seperti anak2 kami..Aaminnnn..


You Might Also Like

3 Orang Komen

  1. alahai kesiannye

    kecik2 lg

    hurm doakan y terbaik utk die

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..besar sungguh dugaan..moga diberi kesempatan untuk anak kecik ini menikmati hidup...amin..

    ReplyDelete
  3. semuga diberikan kekuatan dan ketabahan dengan ujian ini...insyaALLAH doa diiringi. mhn info...sekarang dirawat di hospital lagi?

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.