Friday, May 04, 2012

JENAZAH BOB KUMAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Assalamualaikum wbt..

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:
'Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." Aamiinnnn.

Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.



SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam. 
Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. 

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam tadi.
Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. 

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. 
"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya. 

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. 
"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA





P/S: Al-Fatihah..


2 comments:

  1. Alfatihah.. Semoga roh beliau ditampatkan bersama orang-orang yang beriman..

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan beriman. Al Fatihah.

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com