Breaking

Wednesday, June 06, 2012

PENGECAS 'JUSTMOBILE HIGHWAY'

Assalamualaikum wbt..

Apakah Highway? 
Ia adalah satu pengecas boleh muat pada tempat adaptor kuasa di kereta anda yang boleh disambungkan pada peranti USB. Ia dibuat dengan cantik sekali bersalut dengan aluminium, tampak teguh tanpa terasa plastik murahan yang selalu digunakan pengecas lain. Kamu akan mendapat pengecas ini termasuk satu kabel USB dengan plag iPhone/iPod/iPad. Kamu boleh menggunakan pengecas ini untuk semua jenis peranti kerana ia mempunyai sambungan USB saiz penuh untuk kabel USB biasa..



Bila kamu mahu mengecas telefon kamu, selalu kamu akan bawa pengecas kan? Bagaimana dengan kereta kamu? Apa yang kamu gunakan? Just|Mobile ada jawapannya, dan ia dipanggil Highway. Ya itu nama model ini jadi tak payah nak bising pula 

Bagai Minum Tongkat Ali!
Yang paling menarik tentang pengecas ini adalah ia berkuasa tinggi. 2.1A kalau kamu perlu tahu. Pengecas lain hanya sampai 1.5A saja. Jadi apa maksudnya? Salah satu kelebihan adalah kamu boleh mengeecas dengan lebih laju. Kami menyambungkan iPhone kami yang sudah nyawa — nyawa ikan (10% bateri) dan kami membawa kereta dari ofis ke lokasi acara yang kami perlu pergi. Dalam masa satu jam kami memandu, iPhone kami mencapai 85% cas bateri. Dan juga kerana nilai Amp yang tinggi kamu boleh mengecas iPad di dalam kereta kamu juga!


Justmobile Highway

Dimensi: 25 x 25 x 59mm
Kuasa: 2A
Port: USB Type A
Cas iPad : Ya
Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Pengecas boleh bawa yang amat bagus
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Dibuat daripada aluminium
Total Score: 8/10 (RECOMMENDED)

Kredit info/image dari Yahoo





P/S: Mana mau cari haaaa???? Kalau sapa tau, sila komen dan bagitau ya! TQ


1 comment:

  1. Senang kalau nak travel. Kalau ipad sama camtu jugak ke..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..