PUASA TAPI SAKIT.

8/01/2012 09:52:00 AM

Assalamualaikum wbt..

Huhuhuhu baca tajuk je dah kesiankan, dah la puasa pastu sakit pulak, badan rasa tak sihat, tekak kering dan perit, hidung berair dan kepala bagai dihantuk ke dinding, kesian kesian...
Memang musim penyakit sekarang ni, tambah2 lagi kat JB ni panas terik sangat cuacanya, mendung tu kadang2 je singgah tapi setitis hujan pun tak turun, huhuhuhu..
Tapi jangan merungut dan kesal, sakit itu penghapus dosa2 kecil, lagi pulak time bulan puasa ni, Allah nak uji tahap kesabaran kita, samaada kita bertahan menjalankan kewajibannya atau kita tewas dengan tindak balas hati dan hawa nafsu kita. Apa yang kita buat kalau ikhlas pasti akan dibalas..
Yang sakit tu, banyak2 rehat ok, time sahur tu minum air masak banyak2, dan makan ubat sebagai ketahanan badan seharian, kalau bawa mudarat barulah gi klinik dan bolelah batal puasa tapi kena ganti ok..


Jika kamu demam, batuk atau sakit di bulan ramadhan yang mulia ini maka bersyukurlah kamu kepada Allah banyak2.
Kerana Allah ingin memberi pahala ganjaran yang lebih kepadamu asal saja kamu bersyukur...





P/S: Fikir dan fikir nak masak apa menu untuk harini..waduh!


3 Comments

  1. hanya mampu doa banyak2 agar diberi kesihatan di bulan ramadhan ni...
    untuk bleh menunaikan ibadat dengan sempurna...

    ReplyDelete
  2. setuju sangat. sakit itu satu ujian. besar pahala di bulan puasa ini

    ReplyDelete
  3. Boleh jadi juga ianya sebagai penghapus dosa2 kita...InsyaAllah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com