RESEPI PUDING ROTI TEMBIKAI

6/23/2013 05:40:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Puding penuh kontroversi penuh di lema dan penuh kesabaran menguji minda dan akal waktu nak memotongnya..hahahaha tak padan dengan percubaan pertama tapi seboleh2 degil nak juga potong ala potongan tembikai..hehehe
Apa2 pun terima kasih buat Mat gebu, Che Ct, Sue Joshua dan juga Najeed Abdullah yang banyak membantu..hehehe. Masih tak puas hati, nanti akan cuba lagi dan lagi...





Bahan-bahannya:
1 paket agar2 tali tanpa warna
4 keping roti gardenia *di buang kulit
8 cawan air 
 1/2 cawan gula 
1 cawan susu pekat 
1 cawan susu cair 
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
cincau dipotong kecil atau bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair, roti, telur, esen vanilla dan susu pekat manis. Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai). Dan tuang ke dalam loyang. Biar keras sedikit.
Pastu amik sedikit lagi warna asal, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau/bijan hitam tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.





P/S: Banyak resepi dalam blog kawan2 tapi Lin ubah sikit je, sebab ikut mana yang ada bahan kat uma, dan ikut sedap anak tekak..heheheh



2 Comments

  1. Pernah mkn puding ni.. Mmg betul2 mcm tembikai... Hehe

    ReplyDelete
  2. Percubaan pertama kali dengan hasil begini, sudah kategori berjaya SLin.. Tahniah ya.. Halo kita ekkk kalau buat kali kedua.. He he he ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com