Monday, January 06, 2014

IKAN TONGKOL REBUS SINGGANG

Assalamualaikum wbt..

Harini rasa lemah je, rasa nak baring tido je, tapi kerja rumah tak habis2 lagi, satu2 adaaa je yang tak siap. Hurmm dah namanya pun surirumah kan, mana ada kerja rumah yang siap, ada ke?, kalau kerja rumah ni siap macam opis hour, rasanya jam 5pm je dah ramai surirumah keluar cari kerja partime..hehehehe. Takpelah ikhlas, tanggungjawab kan, pahala besar dapat..
Jadi harini masak apa tu kak Ton? Bau sampai sini tak masuk hidung pun hahahaha *Kak Ton jual jamu tak sempat masak le tuuu..
Harini Lin masak Ikan Tongkol, disebabkan Lin sorang je yang makan ikan tongkol ni, jadi masaknya pun sekor je, kerat 3, jadi le, daku ratah sengsorang hirup panas2...sedapppp..
Resepi macam biasa, bahan mudah, senang, dan tak susah nak masak, sudah semestinya resepi dari blog Mat Gebu..hehehe *Mat, aku C&P resepi ko ni ye..



*Gambar snap dari Samsung Mega je..hehehe


BAHAN-BAHANNYA :

3 ekor ikan tongkol saiz sederhana 
2 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
4 ulas bawang merah, hiris
1/4 camca teh serbuk kunyit
10 biji cili padi, diketuk
2 keping asam gelugor, saiz kecil 
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :

Ikan tongkol dikerat dua setiap seekor, dicuci bersih dan toskan. 
Masukkan air ke dalam periuk (anggaran 800ml atau secukupnya). 
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serbuk kunyit, serai, asam gelugor dan kiub pati ikan bilis. Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa, kalau anda guna serbuk perasa, boleh masukkan sedikit. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan ..






P/S: Menu orang diet bagus ni kan, macam orang dalam pantang bersalin hehehe...



0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com