Monday, January 13, 2014

KHASIAT BIOGROW OAT BG22

Assalamualaikum wbt..

Recommended: Oat BG22..
Hubby Lin seawal mula terkena serangan jantung (1 Syawal tahun lepas) bacaan kolestrol dia tinggi sehingga 'tiada bacaan', dan selepas medical follow up 2 bulan selepas tu, bacaan masih lagi atas bacaan 200...tapi selepas dah minum 1 tin (2minggu) minum setiap hari,  follow-up (pada 5/10/2013) bacaan kolestrolnya bawah dr 100..dan sekarang terus berterusan minum oat bacaan kolestrolnya stabil walaupun bukan bacaan normal, at least kolestrolnya sangat menurun. 
Penurunan kolestrol yg sangat bagus kata Doktor. (Dose ubat kelestrol hospital pun dh bertukar lebih rendah dosenya)..Now hubby dah minum hampir masuk 4 tin, alhamdulilah nampaknya baik2 aje.
Semuanya berserah dgn izin dari Allah... 
Yang nak cuba, Oat BG22 hanya bole di beli di farmasi sahaja, tidak di jual di dalam super/hyper market.. harga sekitar rm59.90 jika ada promosi..




OAT BG 22 kaya dengan 22% beta-glukan adalah diperbuat daripada serbuk bran oat premium yang diimport dari Sweden yang kaya dengan serat, protein, magnesium dan zat besi dengan kandungan natrium (garam) yang sangat rendah.
Oat BG 22 boleh dimakan begitu sahaja atau dilarutkan dalam air, jus buah-buahan, susu soya dan susu atau ditambahkan ke dalam bijirin sarapan, yogurt, kuah dan sup. Dicadangkan makan 2 sudu (14 gram)/sehari dan dimakan 1 sudu penuh 30 minit sebelum sarapan dan 1 sudu penuh 30 minit sebelum makan tengah hari/malam. Saya adalah antara individu yang telah membuat kajian pemakanan ini dan membuktikan pemakanan ini dapat menurunkan kolesterol LDL sebanyak 0.95 dalam masa 9 minggu. Semasa mengamalkan pemakanan ini, makanan yang boleh meninggikan kolesterol haruslah dikawal.

**Jangan bancuh dengan air panas!






P/S: Lin pun nak cuba juga minum, tapi hari2 buatkan untuk hubby, jadi muak baunya.huhuhu :(


1 comment:

  1. Kak,di mana bolih I pesan BG22 untuk hantar ke Australia?
    Kalau $59.90 satu tin boleh kah saya order 4 tin?
    Kalau tambang pos berapa kos mesti I bayar?
    Dah tahu dari beberspa orang khasiat Bg22!
    Bolih kak reply email ke
    kutayap@yahoo.com.au
    Terima kasih
    Catherine

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com