MEE SIPUT + SAMBAL TUMIS

1/29/2014 07:30:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Kalau siapa asal Johor mesti tau dan pernah makan mee siput cecah dengan sambal tumis macam ni kan?.Kalau yang belum pernah atau pertama kali dengar mesti rasa pelik dan tertanya2 'apa tu'?..
Memang mee siput ni agak terkenal antara menu makanan orang Johor, dan rata2 jual pun hanya bole dapat sekitar negeri Johor aje. Jadi dah tentu le mee siput ni agak pelik kalau yang tak pernah makan dan dengar, sebab kat tempat memang suah nak cari.
Mee siput ni macam keropok juga, masa beli mentah, kena jemur (tak jemur pun takpe), pastu goreng dengan minyak panas. Dan kebiasaannya mee siput ni di makan dengan sambal tumis atau sambal kicap, bukan dengan sos cili ye..hehehehehe
Kalau area uma Lin ni, Lin selalu beli dengan kawan Geng setaman,Midah, dia kampung Segamat, so selalu dia beli berkilo2, dan dia bukak order jual dengan kawan2 siap goreng beserta dengan sambal tumis hanya rm1 sekeping, kalau beli mentah 60sen sekeping..hehehe. Ok la kan, tinggal makan je, besar giler sekeping, sekali makan susah nak berhenti..
Oklah, yang nak beli nak goreng sendiri, sini Lin kongsikan caranya menggoreng mee siput dari blog Tiffinbiru MAT GEBU, kowang boleh cuba nanti..




BAHAN-BAHANNYA :
Mi siput secukupnya
Sambal kicap
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :

Panaskan minyak masak untuk goreng terendam. Kemudian masukkan sekeping mi siput. Tenggelamkan dengan mi tadi dengan sudip, bila mi kelihatan kembang, perlahankan api dan balik2kan. Goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan.
Buat kaedah sama untuk baki mi siput dan goreng sekeping untuk sekali goreng. Hidangkan dengan sambal kicap dan sambal tumis, kalau anda rasa nak lebih inovatif, apa kata cuba sira dengan sambal, ala2 kerepek ubi sambal tu...






P/S: Sekali makan, pasti nak lagi lagi dan lagi..cubalah!


You Might Also Like

2 Comments

  1. Jajan nostalgia kat skolah ni. Sedap2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Hai..nk cuba mi siput yg rangup n lembut? Meh jenguk sini..

    http://m.mudah.my/view?q=&so=1&ca=12_1_s&e=0&sa=&cg=8040&female_subcat=&o=2&ad_id=28125982

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com