RESEPI SOTONG MASAK HITAM

1/15/2014 02:30:00 PM

Assalamualaikum wbt...

Siapa suke makan sotong? Lin suka, anak2 dan suami pun suka, sekali masak memang sekilo, sekali masak makan licin, lagi2 kalau masak hitam macam ni, perghhh sedappp...
Tapi tengok orang juga, ada yang makan, gatal jadinya, ada yang makan kang gout pulak, jadi kenalah hati2 ye, jangan makan ikut sedap, tapi kalau dah sedap, memang tak ingat sakit hehehehe kannn..
Untuk kali ni, Lin share resepi Sotong Masak Hitam versi simple dan mudah je..tak payah susah2 nak meraba mencari bahan, apa yang ada dalampeti ais, gunakan aje la..
Jom semak resepi ye..




Bahan-bahan ( Untuk 4 orang )
1 kilo sotong (tanpa dibuang hitam)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
4 biji lada merah (dihiris)
Sedikit kicap manis
Sedikit air asam jawa/asam keping
Garam dan serbuk perasa
Sayur kacang untuk penambah hidangan..


Cara-cara
Bersihkan sotong, potong sotong ikut suka..
Tumiskan semua bahan2 yang dihiris..
Setelah garing masukkan sotong dan lada merah juga kacang panjang, selepas itu masukkan air asam jawa. Apabila air agak pekat tutup api dan bubuh kicap manis sebagai pemangkin warna.






P/S: Siapa ada resepi sotong masak rempah? Bole share tak? Kalau ada share link web kat komen ye,TQ.


You Might Also Like

2 Orang Komen

  1. Hahaha aku x pernh mkn hitam.geli hahaa wajib cuci smp bersih

    ReplyDelete
  2. sy masak kan kak, potong bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, garam gula. tu je. air tu akan keluar bila masak nnt n tambahkan kunyit serbuk sikit. kasi lawa. hihi. tp memang la marbeles kot sotong msk itam. sedap sgt.. org johor katakan..haha

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.