SUP SAYUR FISHBALL

1/07/2014 07:30:00 PM

Assalamualaikum wbt...

Dah makan ke semua? makan apa? Alhamdulilah, rezki Allah masih lagi nak bagi pada kita kan..
Semalam Lin masak sup sayur fishball, tapi tak sempat nak update semalam, maklum banyak entri berderet autoupdate hehehehe...*tengah rajin ko..
Sebenarnya sup ni anak Lin,Yana yang mintak masakkan, yelah budak2 pun ada juga teringin nak makan itu ini, kita jadi mak pak ni, apa anak nak makan, kita masakkan ajelah, selagi bahan2 yang nak masak ada dan mudah cari, sekejap je dah bole siap.
Resepi ni mudah sangat, main lebur campak2 je, orang bujang pun boleh masak tutup mata..hehehe *cer cuba tutup masak masak hahahaha
Okeylah Lin share juga resepinya ye, ni respi cincai2 je, ikut kepala angin sendiri, mana yang rasa korang nak tambah, korang tambah la ye..
Selamat mencuba .. :)


Bahan-bahannya..

Sebungkus besar fishball.
Sebatang lobak merah
Sebungkus kacang peas
Sebungkus paket kecik cendawan kering *rendam hingga kembang.
 Kobis bunga *ikut suka
2 kiub pati ikan bilis
Sebijik bawang besar *hiris2 nipis
4 bijik bawang putih *di ketuk je
Daun bawang *untuk hiasan makan
Garam & serbuk perisa
Lada putih

Cara memasaknya..

Tumis bawang besar dan putih higga naik bau.
Masukkan air secukupnya, dan masukkan kiub pati ikan bilis
Tutup periuk dan biarkan mendidih
Masukkan serbuk perasa semua..
Setelah mendidih, masukkan kesemua sayur2..
Biarkan seketika, kemudian masukkan fishball dan kacau2 hingga betul2 mendidih masak..
Tutup api, hidangkan dan taburkan dengan daun bawang..
Siap!





P/S: Menu yang sangat bagus untuk aku yang sedang berdiet ni..hehehehe


You Might Also Like

2 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.