Tuesday, March 11, 2014

RESEPI LASAGNA

Assalamualaikum wbt ..

Resepi kali ni adalah cubaan berani kali pertama nak membuatnya, duduk terfikir2 nak membuatnya sebab salah satu faktor modal bahan tu mak aii, bole tahan juga mahalnya, kedua pulak takut tak menjadi, dah le oven uma ni ting tong sikit, buatnya buat kang tak menjadi, bazir jeee...
Tapi atas semangat dan kesiankan kat anak tekak juga anak2, ku beranikan juga beli bahan2 dan cuba buat pertama kalinya, resepi Lasagna..hehehe
Jom semak resepi yang simple senang dan mudah ni..janji menjadi hehehe




RESEPI LASAGNA..

Bahan utama:
Kepingan lasagna


Bahan2 untuk inti:
Sos prego - 1 botol sederhana
Cendawan butang - 1 tin
Daging cincang 400 gram
Serbuk black pepper dan serbuk oregano
Bawang besar dan bawang putih 5 ulas di potong dadu
Keju mozarella
Keju parmesan
Sos cili 1 sudu besar
Garam secukup rasa


Bahan2 untuk sos putih:
2 sudu besar butter
Keju cheddar.. nak lagi mudah, guna je 2 keping keju cheesedale
250 ml susu full krim
2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa


Cara membuat inti daging:
Masukkan 4 sudu besar minyak masak
Tumis bawang2 yg di cincang tadi.. tunggu sampai naik bau
Masukkan pula daging cincang.
Gaulkan hingga daging masak
Kemudian tuang sos prego tadi.. tuang semua sekali.
Gaul sebati 
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk oregano
Masukkan pulak cendawan butang
Masukkan sesudu besar sos cili.
Tabur serbuk black pepper


Cara membuat sos putih:
Cairkan butter.
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je.
Masukkan susu full krim.
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati.
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit


Cara melapis Lasagna:
Ambik loyang yang sesuai.. susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang.
Taburkan dengan inti daging tadi..
Tuangkan sos putih. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulang balik cara yg sama..(biasa 3 layer aje)
Yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yang di tabur..
Masukkan dlm oven..
Pastikan oven dah di panaskan awal2 dengan suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit.. bergantung pada size oven masing2..guna api atas bawah



Percubaan pertama agak sedikit lasagna nya keras tapi perghhh tangkap leleh..hahahaha
Kowang..selamat mencubaaa ye! :)







P/S: Kalau makan hari2 ni, mau naik lemak berkumpul2 dibuatnya ni hahahah..hancusss diet!



1 comment:

  1. cedapnyer... lapa...
    Lamenyer x singgah blog ne.. Rindu nak bace..Hai... zai nak jemput masuk giveaway kalau ade mase & x keberatan..
    Giveaway Double Stemcell by Call me Zai!

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com