KETAM TELUR ASIN

5/03/2014 02:30:00 PM

Assalamualaikum wbt...

Hurmm agak lama menyepi di sini, hinggakan dah berdebu dah berhabuk bersawang segala, tapi masih ada juga tetamu2 yang sudi singgah dan membaca juga follow blog Lin ni, alhamdulilah terima kasih semua..
Kali ini tercetus pulak idea rasa nak share resepi yang jadi ngidam Lin beberapa minggu lalu, hinggakan merajuk tahap gembeng kememeh dah dengan incik hubby gara2 nak makan ketam telur asin ni..hehehe lucu kalau ingat2kan..kekekeke *alaa manja2 sikit..hehehe
Resepi ni Lin dah lupe dari mana Lin copy, sebab masa nak makan tu gugel2 cari resepi, dapat je terus simpan dalam notepad HP, so lupa nak bookmark, harap tuan punya resepi halalkan ye..sama2 kita sharing resepi yang sedap bangattt ni..mudah dan cepat, cuma yang susahnya nak cari ketam, sebab ikut musim..Ok jom kita tengok resepi...




Ketam Telur Asin
============
Ketam - 4 ekor dipotong dua cuci bersih..
Telur Asin - 3 biji direbus, amik 2 biji telur putih + 3 telur kuningnya dan hancurkan.
Bawang Putih - 4 ulas diketuk.
Daun Kari - ikut suka byk mana.
Cili Api - ikut suka nak pedas ke tak, potong pon ikut suka la..
Susu Cair - 2 sudu besar.
Butter / Planta - 2 sudu besar.
Tepung Jagung - agak2 utk gaulkan dgn ketam.
Minyak utk goreng ketam.
Garam.
Lada Sulah.

Cara2
====
Ketam diperap dengan sedikit garam + lada sulah + tepung jagung. 
Goreng ketam hingga keemasan. Angkat.
Panaskan butter / planta. Tumiskan bawang putih. Masukkan daun kari + cili api. Masukkan telur asin yang dihancurkan. Masukkan sedikit garam (rasa dulu nnt masin sgt sbb telur asin dah masin ye). Masukkan susu cair. 
Gaul rata. Masukkan ketam. 
Gaul rata. Rasakan. Siap ..

Selamat mencuba...







P/S: Mengidam tak semestinya mengandung kannn..so jaga mulut tu ye!!! 


You Might Also Like

2 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.