MEE GORENG BASAH

6/16/2014 01:56:00 PM

Assalamualaikum wbt..

12 hari lagi menjelang Ramadhan, masa terus mengejar kita, cepat betulkan masa berlalu, diam2 je dah semakin hampir nak puasa, kowang dah selesai ganti puasa? Alhamdulilah, Lin sudah habis awal2 lagi ganti puasa..
Ok entry harini sebenarnya dah lama simpan dalam draft, cuma tak sempat2 lagi nak edit nak bagi publish, mood tak mau datang duduk depan laptop, pinggang manyak sakit wooo...huhuhu
Jadi harini ada sikit masa, Lin edit dan publish kasi share sama kowang ok..
Mee goreng basah ni Lin masak dah berapa hari haritu, cuti sekolah hari2 duduk kat dapo memasak sampai dah buntu tak tau nak masak apa dah, jadinya apa yang ada dalam peti ais dan tersedia ada aje la yang jadi menu haritu. 
Macam biasa, asal nak masak satu resepi dan nak lain dari yang biasa Lin masak, Lin bukak blog Mat Gebu, terus search 'Mee Goreng Mamak', haa ada 2,3 resepi yang keluar, tapi Lin pilih resepi yang ini, bahan pun semua memang dah ada, jadi terus aje le ikut apa yang tertulis di resepi Mat Gebu tu..



Taraaa siap sudah, tapi jangan mintak, dah licin yeee..dah keluar balik punnn hahahaha :p
Memang sedap, tak kering dan mee nya basah ala mamak goreng tu. Kowang cubalah sendiri ye.
Ok sesiapa yang nak resepi Mee Goreng Basah ala Mamak ni, bole ke blog Mat Gebu ye..


Kalau tengok yang Mat Gebu punya tu, jauh beza dengan Lin punya tapi yang jadi samanya ialah mee kuningnya aje hahahahaha...ishh mana bole lawan tokei beb, Mat Gebu tu dah pro memasak, Lin ni pro makan ajee..kekekeke






P/S: Kalau cuba resepi Mat Gebu tu, insyaAllah mesti menjadi, cuma rasa ikut air tangan memasing ye... 


You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. Tipu! Mamak goreng kering mana de basah... mi basah dh mcm mi hailam :p

    ReplyDelete
  2. @anakomak: Hahaha betul le, kalau aku order mee goreng mamak, mesti basah2, agaknya mamak ko yg goreng kering kot hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Wakakakaa... bkn mamak original kot ko tu hahaa.. cer check ahha

    ReplyDelete
  4. @anakomak: Ok nanti aku tanya mamak tu, ko ori mamak ke tak mamak? hahahaha

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.