Friday, June 06, 2014

MONOPOD SELFIE!!

Assalamualaikum wbt..

*Iklan..
Penyakit baru kini sudah menular di Malaysia!! 
Trend masa kini selfie oh selfie dengan wajah sendiri & rakan2 juga family tercinta.!!
Anda tidak perlukan lagi pertolongan orang lain bila pergi bercuti & berjalan2 di tempat2 peranginan  & Percutian.
Usah risau nak selfie lagi… anytime anywhere selfie...hehehehe..

*Gambar ehsan dr En.Google

Mungkin aku ketinggalan dalam bermonopod ni, sebab tak berapa nak cuti2 kemana pun nak amik gambo tu, duk uma aje takkan le nak bermonopod kekeke. Tapi haritu keluar berjalan dengan anak, terjumpa kedai jual monopod ni, belek punya belek, akhirnya tergoda dan terbeli juga monopod ni, tu pun disebabkan anak aku nak no bermonopod selfie ni, aishh beli juga lee, cuma terkejut pulak dengan harganya, ooo dah murah ye, hanya rm20 sahaja siap casing holder, kalau nak shutter tambah rm30 yang guna bluetooth, tapi aku tak beli, ala budak2 sekarang guna camera 360 je, set masa udah le..hehehehe
Sekali dah guna macam best la pulak, baru le nampak gambar penuh kita, lagi2 kalau pakai tudung Aidijuma ke, baju sulam2 kat bawah baju ke, kasut buaya kita ke, bagtangan coach ke, tak le nampak sekerat badan je kan? hahahahahaha ayat anak tak bole blah! hampeh!..

*Gambar ehsan dr Sodep (Hehehehe)

Tak caya..tengok tu dalam bas pun jadi nak bermonopod tu, penuh dalam satu bas boleh nampak kan.. hahahaha...
Alaaa apehal nak heran orang tengok kita dan nak kata kita, jangan2 yang dok perhati tu, dalam bag dia ada monopod, cuma segan je dia nak kuarkan, ye dak? hahahahahaha
Pengantin baru pun dah pandai bermonopod selfie atas pelamin tau, untuk simpanan koleksi peribadi hehehe.. :p
So kowang apalagi? Dah ada monopod? kalau takde takpe, jangan nangis, banyak cara lain boleh bermonopod, lagi murah, tak payah keluar modal, hahahaha
Antaranya...

*Gambar ehsan dr Sodep..(Jgn maraaa aaa)

Atau pun..

*Gambar ihsan dr en.google..

Hehehe jangan gelak haa, silap2 kowang ada buatkan kat uma tu, aku mana tauuuu kannnn hahahaha :p


*Ini contoh antara monopod yang ramai orang beli, sekarang dah macam2 jenis monopod ada.


Monopod sesuai untuk semua jenis camera compact dan DSLR Olympus, Canon, Nikon, Samsung dan Sony. Juga boleh disambung dengan Phone Holder untuk Self Portrait Selfie mengunakan Phone. Phone Holder sesuai untuk semua jenis Handphone atau Smartphone jenama SAMSUNG, Sony, HTC, Lenovo, Nokia, LG dan Motorola.

-Panjang batang Monopod 94cm [Adjustable]
-Size holder 5.5-8.5cm, semua phone boleh guna
 -Maximum saiz Samsung Mega 6.3. 

Cara-cara mengunakannya yang amat mudah.
Hanya perlu kepitkan phone anda kat monopod ni, 
set masa camera anda dan posing cun2..
senyummmm.. ngeeeeee...






P/S: Mak aku pun pandai bermonopod selfie tau hahahaha...


1 comment:

  1. Hahahaha amboi kan main dier lagi eh..

    mana gmbr selfie ko hehee

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com