NUTELLA POD COOKIES

6/05/2014 12:34:00 PM

Assalamualaikum wbt...

Sejak cuti sekolah bermula ni kan, macam2 aje yang aku rasa teringin dan nak makan, lagi2 bertambah dengan adanya semua anak2 kat rumah ni, makin menjadi2 teringinnya. Bukak fb nampak terus nak, bukak instagram nampak terus order, ishhh bahaya ni, baik2 nak menguruskan badan, jadi bertambah berat badan pulak..hehehehe
Yang terkini yang aku nak sangat makan ialah 'Nutella Pod' ni, pulak tu ada nutella, ermm mesti sedapkannn...apalagi belek punya belek fb ternampak ada kawan satu taman dgn aku ni jual, sebab sebelum ni, kalau nampak semuanya di luar kawasan, jadi susah le nak pos2 kan. So apalagi, terus le PM dia dan order 2 bekas dlm 1..hehehe.
Ini kisah benar, memang benar2 berlaku, perghhhh memang sedap wa cakap luu...masuk mulut terasa2 nutella dan biskutnya, ermm rasa macam ada choc chips dalam biskut tu..memang sedap ar! Yang dah cuba mesti setuju dengan aku, yang tak cuba lagi, silaa silaa, pi belek dan order ye..hehehe
Anak2 kata, Mak jom mak kita try buat sendiri, baru puas nak makan, ermm betul jugak kan..maklum le anak2 dah besar, pemakan semua jadi kalau beli sikit, manalah cukup kan.. Ok2 nanti kita cuba ye anak2..


*Kalau yg duduk area JB kalau rasa nak merasa, bole check & follow insta @que_liena yer..
Siyes sedap dan pertama kali aku rasa..*agak jakun,sekian.. :p

Ok, kat sini aku nak tepek resepi Nutella Pod ni, untuk simpanan sendiri, nanti nak buat, just bukak blog sendiri je..hehehe 
TQ ye pada yang sudi share respi ni..minta C&P ye..


Nutella Pod Cookies
Sumber : Shima Maz Fb & Ida Osman


Bahan-bahan :
2 3/4 cwn tpg gndum* 
1 st soda bikarbonate* 
1/2st baking pwder* 
50 gm serbuk walnut* 
1 cwn butter
1 1/4 cwn gula castor 
1 bj telur 
1 st esen vanilla


Caranya : 
1.  Ayak bahan bertanda* 
2. Putar butter dan gula hingga gebu. 
3. Masukkan telur diikuti esen.
4. Masukkan serbuk walnut.
5. Masukkan tepung dan kacau rata hingga menjadi doh.
6. Gris muffin tray.
7. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin tray.
8.Bakar pada suhu 170 slama 8-10 min atau sehingga masak.
9. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi untuk membuat lubang (gunakan hujung kayu penggelek atau apa saja alat yg boleh ditekan untuk membuat lubang)

** jangan biar cookies sejuk..sebab ia akan jd retak bila ditekan
** Pipekan nutella ke dalam pot bila cookies dah sejuk

Selamat mencuba pada yang nak mencuba.. :)





P/S: Memang mahal sikit tapi berbaloi dengan rasanya...*makan jgn kedekut nak membeli, tak elok..


You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. Aku dtg xdpt makan pun aritu.. huwaaaa nak juga rasaaa

    ReplyDelete
  2. @anakomak: Macam mana ko nak rasa, sebab ko dtg aku tak beli hahahaha
    *ko dtg hrtu aku xdpt pun naik Miss Miera huwaaa :((

    ReplyDelete
  3. Adik beli baper rm ek? YummyYummy!

    ReplyDelete
  4. Salam kak. First of all terima kasih kerana sudi share resepi. Saya nak tanya biskut ni boleh tahan lama kalau disimpan dalam bekas air tight container tak? Nak try bikin untuk raya ni. Sekali lagi terima kasih.

    Iza

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.