BURUNG PUYUH MASAK HALIA

7/12/2014 09:37:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Sekejap dah masuk 14 hari kita berpuasa kan, hampir separuh Ramadhan berlalu. Moga apa jua ibadah yang kita tunaikan dan juga kita laksanakan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini mendapat keredhaan dariNya.
Bulan puasa ni tak sama macam hari biasa, kalau hari biasa, agak2 nak makan, masak apa aje yang ada, silap2 kalau malas, megi pun jadilah, tapi bila bulan puasa ni, rasa tak sampai hati nak masak cincai2 ni, kesian kat anak2 yang seharian berpuasa tu kan, kita takpe tekak orang tua, makan aje mana yang berselera, tapi kalau anak2 ni, macam2 permintaannya kan, nak itu lah, nak ini lah, nak taknak, tunaikan juga apa kehendaknya.
Tapi resepi ni, tekak orang tua ni yang nak makan, teringin nak makan burung puyuh goreng halia, pi Jusco dapat le beli seekor, cukuplah makan sorang je..hehehe
Kowang makan tak burung puyuh? Kalau makan cuba resepi ni, senang mudah, main2 campak2 je..hehehe




RESEPI BURUNG PUYUH GORENG HALIA

Bahan-bahan..

Seekor burung puyuh (goreng terlebih dahulu)
halia (sebesar ibu jari dihiris)
3 ulas bawang putih (di tumbuk)
Lada merah/hijau
Bawang besar (di hiris nipis)
5 sudu sos tiram
Garam/serbuk perasa
minyak


Cara-caranya..

Tumis bawang putih, bawang besar & halia sampai wangi
Masukkan burung puyuh yang telah di goreng tadi.
Masukkan sos tiram (tak perlu banyak)
Masukkan air kalau nak berkuah.
Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba ...





P/S: Harini nak buka rumah Mak..yehaaaaa!! 


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. balik nak minta mak masak lah
    sedap lah haiiii

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.