LEMAK IKAN SEPAT ASIN NANAS

7/14/2014 07:00:00 AM

Assalamualaikum wbt..

Opss maaf tengah pose2 ni tayang menu ye, jangan mara aaa..
Alaaa dah tua2 takkan le tengok menu sampai tak bole tahan puasa hahahha. Adeii kadang2 pelik juga kan, sebab tayang menu lauk pauk ke minuman ke desert ke, bole jadi sampai orang marah sebab menggugat puasa, ishh bukan ke puasa tu menahan sabar dan juga nafsu, so kalau betul2 sabar, menu ayam golek depan mata pun kalau belum tiba waktunya berbuka, kita kena sabar..kan kannn..
Ok berbalik resepi ni, ini Lin kongsikan respi menu air tangan Mak, haritu berbuka kat uma Mak, Mak masakkan menu peberet Lin ni, memang sedap, makan dengan nasi panas, hirup kuahnya, gigit nanasnya, cubit ikannya, perghhhh...jilat jari wooo..
Yang nak cuba, ok Lin share respinya di sini ye..
Selamat mencuba..




LEMAK IKAN SEPAT ASIN BERSAMA NANAS

Bahan-Bahan:

4/6 ekor ikan sepat masin - dipotong 2 atau 3 jika besar (cuci bersih)
1 biji nanas - buang kulit dan matanya
1 biji tomato (ikut suka)
10-12 biji cili padi - ditumbuk halus (ikut suka pedas)
5 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - di tumbuk halus
1 mangkuk sedang santan pekat
2 1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa


Cara caranya.

1. Nanas di hiris.
2. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 yang ditumbuk halus, bila dah mendidih masukkan nenas dan tomato.
3. Masukkan pula santan pekat diikuti dengan ikan sepat yang telah di cuci tadi, kacau perlahan.
4. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
5. Mendidih tutup api, hidang.






P/S Alhamdulilah Mak masih ada dan sihat.. :)


You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.