Wednesday, July 09, 2014

MESIN DEPOSIT DUIT SYILING

Assalamualaikum wbt..


Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling.

Pihak Bank ingin mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.
Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. 

Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat yang terdapat Mesin Deposit Duit Syiling, sila lawati laman sesawang Bank di www.bnm.gov.my atau hubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk butiran lanjut. 


Kredit info dari blog anakomak6




*gambar ihsan dari google..

Boleh tengok senarai bank-bank yang mengambil bahagian dan juga pasar raya terpilih -- http://www.bnm.gov.my/documents/2014/CoDM_location.pdf






P/S: Eh eh kat uma ni banyak duit syiling, bukan pengumpul tegar tapi tak tau le, ada je duit syilingnya, lepas ni korek2 pi tukar ah..kan kan kan..


0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com