Thursday, September 11, 2014

BENING BETIK DAUN SELASIH

Assalamualaikum wbt...

Ok nak tanya dulu, siapa di sini yang makan betik? Ya laa buah betik leee.
Ooo bagus, betik memang bagus untuk kesihatan, lebih2 lagi untuk melancarkan sistem uk uk kita hahahaha.
Tapi nak tanya lagi, siapa di sini pandai makan betik masak bening? Haa kenapa buat muka tu? pelik ke? Jangan pelik, betik pun bole buat masak sayur juga ye, tapi bukanlah betik yang dah betul2 masak, ni betik yang separuh masak, ala2 masih mengkal gitu. *aku pun tak reti nak ajo macam mana nak tau betik tu separuh masak ke tak..erkkkk

Dekat rumah Mak Lin, belakang rumah tu, memang ada tanam pokok betik, Mak pun kalau nak masak, dia malas juga, sebab dia sorang je makan, adik dan ipar tu tak reti makan betik masak bening ni. Jadi Mak dah bagitau awal2, Mak suruh datang rumah dia masak sayur betik bening daun selasih..perghhh dengar je dah ngencesss...langkah kiri kanan terus laju datang hahahaha

Kat sini Lin share resepinya tapi Lin tak letak berapa2 sukatnya ye, sebab ikut suka kowang la nak letak, agak2 sendiri je, cuma Lin share bahannya je..
Ye la ikut besar betik dan berapa bijik betik yang kowang masak, bahan2 tu kowang agak2 aje la..ok.




Bening Betik Daun Selasih 

Bahan-bahannya..

Batik muda (separuh masak)
Daun selasih
Lada Hitam
Bawang kecil
Bawang putih
Ikan bilis
Cili kering yang di kisar
Garam & serbuk perasa.
Air

Cara2nya..

Potong buah betik ikut suka.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan juga lada hitam. (jangan terlalu halus, kasar2 sikit, sedap)
Sediakan periuk, masukkan betik, dan bahan tumbuk tadi.
Masukkan air (air agak2 la nak suka mana kuah tu).
Bila agak mendidih masukkan cili kering yang di kisar (rasa kepedasannya) dan masukkan daun selasih.
Biarkan mendidih sebentar, tambah garam & juga perisa
Tutup api (pastikan betik dah lembut).
Sedia di hidang..

Selamat mencuba...






P/S: Memang kalau hirup makan panas2, ratah begitu saja..peghhh nikmat ya amatttttt...cubalah!!


1 comment:

  1. sedap ni bening betik, masak lemak pun sedap...masak tumis pedas pun sedap....lama tak makan sayur betik muda ni...

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com