KERABU JANTUNG IKAN BLIS GORENG

9/18/2014 03:01:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Tajuk nampak senang je kan, tapi sebelum kejadiannya, bagai nak rak mikir nak masak apa. Jantung pisangnya memang dah ada, Mak bagi semalam petik fresh dari atas pokok, tapi dari malam tadi mikir nak di buat apa jantungnya, maklum tinggal berdua dengan anak bujang, so tak reti nak masak apa, anak bujang bukan reti nak makan bende2 gini, makanan orang lelama la katakan...
Jadi balik dari gym pagi tadi, duk tengah bancuh jus oren, terus teringat nak buat kerabu ajelah, lagipun bahan2 semua pun ikut mana yang ada dalam peti ais aje, tak yah susah2 nak ke kedai, lagi senang kerja lagi jimat belanja hahahaha...
Ada yang pandai ke makan jantung pisang ni? Kalau ikutkan rebus cecah dengan air asam je dah sedap kan, tapi kali ni, Lin buat kerabu je, sebabnya bole meratah sambil duduk2 tengok tv ke layan baca buku nanti..hehehe
Resepi simple aje, ikut selera anak tekak Lin, bagi yang nak cuba boleh la cuba, kalau tak kena dengan citarasa, tambahlah mana yang perlu yer..




Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis Goreng

Bahan-bahannya:

Sebijik sejantung pisang... (rebus hingga empuk)
Segenggam ikan bilis.. (goreng hingga garing)
Lada cili.. (hiris kecil)
Bawang besar.. (hiris potong dadu)
Tomato kecik ..(hiris belah 4)
Sebatang bunga kantan ..(hiris nipis)
Limau kasturi.. (perah airnya ketika nak makan)
Garam & serbuk perisa, sedikit gula.

Cara-caranya:

Setelah jantung empuk, hiris jantung, dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan sekali bawang, lada cili, tomato, bunga kantan, juga garam, serbuk perasa dan gula.
Gaul rata hingga mesra.
Hidangkan ke dalam magkuk hidangan, taburkan ikan bilis goreng.
Perahkan air asam limau ketika hendak makan.

Senang je kan, tu selera Lin, selera kowang bagaimana..cuba dan ubah!






P/S: Alahaiii kosong rasa jiwaa...makan tak kenyang, tidur tak sedar diri, mandi sehari sekali...ermmm kritikal dah aku ni...adeiiii


4 Comments

  1. Alahaiiii... nak nangessss... kalau duduk kat kampung senang jer nak dapat jantung pisang ni... ada jer kat keliling rumah... sejak dok bandar ni hilang dah feel tu semua...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com